Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2023

REFLEKSI oleh Nazrul Hamzah Md Nor Azman

Seni Jawi; Yang bukan konteks keagamaan tapi berunsur spiritual dan refleksi diri.     Cuba lihat serta amati gambar-gambar diatas sebelum baca teks ini dengan lebih lanjut… Gambar-gambar diatas bukanlah contoh-contoh karya seni (kontemplasi estetika) Islamik, tapi hanyalah contoh kepada tulisan Hijaiyyah yang digunakan sebagai orientasi kepada sesuatu perkataan atau gestur, yakni tunjuk arah dan isyarat (kebanyakkan di Negara Arab). Struktur perkataan bahasa Arab adalah hasil daripada susunan atau pembentukan huruf-huruf Hijaiyyah (29 huruf dari Alif [ ا ] hingga Ya [ ي ] ). Jika dilihat pada gambar-gambar diatas, penggunaan tulisan atau huruf-huruf Hijaiyyah ini digunakan pada tempat yang semacam ‘tidak kena’. Papan tanda bertulisan Arab di tandas (Gambar 1 & Gambar 3) yang diletakkan berdekatan dengan tempat pembuangan najis dan juga tulisan Arab di tikar ‘Welcome’ dalam erti bahasa Arabnya, ‘Ahlan Wasahlan’ yang digunakan untuk mengesat kaki, adalah sesuatu yang ...

Memory Making and Cultural Heritage in Yogyakarta, 24 Feb – 7 March 2014 by Cheryl C. Thiruchelvam

 The International Summer School in Southeast Asian Studies was a collaboration between Universitas Gadja Mada (UGM), Yogyakarta; Humboldt Universitat (HU), Berlin; and Universiti Sains Malaysia (USM) that was anchored on the theme “The Return of the Past: Memory Making and Heritage in Southeast Asia”. A total of 45 students from UGM, USM and HU participated in this programme that was separated into two main events – lecture series in the first week and field work to different memory and heritage sites in the following week. Yogyakarta is well known for its rich cultural heritage (‘ wayang kulit’ and Javanese dance) and ancient sites, such as Borobudur and Prambanan . The choice of venue perfectly fitted the theme for the summer school as there was much to learn, explore, research, and appreciate in relation to memory, historiography and cultural heritage of South East Asian studies. Elements from Hindu and Buddhist civilizations are still very much present in the daily lives o...

SENI & FALSAFAH: MEMANIFESTASIKAN DEFINISI SENI DAN ESTETIKA oleh Khairani Ahmad Zakuan

  Situasi Sebuah karya yang hanya mempamerkan sebuah kanvas putih tanpa sebarang calitan warna atau corak dipamerkan di sebuah galeri terkemuka di Eropah. Persoalan Adakah perkara diatas mempengaruhi penilaian anda terhadap sesebuah karya? Apakah bukti yang menetapkan nilai estetika karya ini sebagai hasil seni? Berapa pentingkah pandangan subjektif anda terhadap hasil seni tersebut? Apakah yang menjadikan sesuatu itu sebagai hasil seni? FALSAFAH ESTETIKA Bagi menjawab segala persoalan diatas kita perlu kembali melihat definisi estetika itu sendiri. Menurut pelbagai sumber, banyak yang menghuraikan definisi estetika sahaja tetapi tidak banyak falsafah estetika yang menghuraikan kepentingan fenomena seni dalam sejarah. Setiap ahli falsafah mempunyai pandangan masing-masing mengenai seni dan mengelaskannya mengikut fahaman masing-masing. Perkara ini nampak ringkas pada dasarnya namun kecantikan adalah sesuatu yang jelas, Secara amnya kita tahu sesuatu benda itu cantik apabil...

Etika (Tak Bertulis) Ke Galeri Seni oleh Amir Amin

Rata-rata rakan dari Twitter selalu mengajukan soalan tentang etika ke galeri seni. Adakah ada etika atau peraturan tertentu yang wajib dipatuhi ketika melawat ke ruang-ruang kesenian ini? Antara soalan-soalan yang biasanya diajukan seperti ‘Bolehkah memakai selipar ke galeri? ’, ‘ Adakah galeri hanya untuk golongan elitis?’, ‘Boleh bawa kanak-kanak ke?’ dan ‘Boleh ke untuk kita ‘selfie’ di galeri seni?’. Bunyinya agak melucukan, tetapi itulah yang seringkali ditanyakan terutama dalam laman sosial seperti Twitter dan Facebook. Mengapakah hal ini terjadi? Adakah kerana terdapat jurang yang terlalu lebar antara orang awam dan masyarakat seni? Mungkin, tetapi apa yang boleh diperhatikan adalah, dewasa kini rata-rata orang awam mula menunjukkan minat lagi-lagi dengan kehadiran galeri-galeri seni di ruang awam seperti dalam pusat membeli-belah. Selain daripada itu, dengan penganjuran program kesenian seperti Bakat Muda Sezaman 2021; Seni di Lokasi membuatkan minat orang ramai makin meningka...

BERTAMU di Ruang Tamu Rahime oleh Amir Amin

All the artworks in my collection would be meaningless if they kept in my storeroom and not shared. The collection needs a permanent home where it can be viewed and enjoyed by the public and utilized as research materials for art students and curators. Kenyataan oleh Almarhum Rahime Harun mengenai koleksi seni beliau. Benar bahawa jika sesuatu koleksi itu dibiarkan disimpan tanpa dipertontonkan untuk generasi akan datang secara tidak langsung agak counterproductive dalam perkembangan seni rupa Malaysia. Koleksi-koleksi seni ini seharusnya dipertontonkan kepada khalayak ramai selain menjadi bahan rujukan untuk tujuan pengajian buat para pelajar seni, pensyarah dan kurator. Kebanyakan kolektor seni seni jarang sekali untuk menayangkan koleksi-koleksi mereka. Rata-rata mereka agak malu-malu untuk mempamerkan semula karya dalam koleksi. Mereka lebih selesa untuk berkongsi karya-karya mereka kepada sekumpulan kecil khalayak yang kebiasaannya terdiri daripada kalangan sanak-saudara dan sahab...

Disebalik Industri Seni Malaysia: Mimie Baharuddin

Pernahkah anda terfikir tentang individu-individu di sebalik sesebuah pameran? Siapakah mereka ini? Atau ada lagi entiti-entiti yang kebanyakkan kita terlepas pandang? The unsung hero yang membantu menjayakan sesebuah pameran seni itu? Apakah kepentingan mereka kepada ekosistem seni kita? Pertama sekali, apakah itu ekosistem seni? Pada kebiasaannya ekosistem seni merujuk kepada interaksi dan hubungan di antara entity-entiti penting dalam dunia seni rupa seperti artis, galeris, kurator, kolektor, akademis, rumah lelongan, pekerja seni & budaya dan penghayat seni. Ini merupakan entity-entiti utama dalam ekosistem seni. Setiap satunya saling berhubung-kait dan saling menyokong serta mendokong satu sama lain. Seperti contoh, artis memerlukan galeris untuk menjual dan memasarkan karya mereka, galeris memerlukan artis untuk hasil-hasil karya dan kolektor untuk membeli karya-karya ini. Ia merupakan satu hubungan simbiosis. Ekosistem Seni Kebanyakan daripada kita terlepas pandang ...