Pernahkah anda terfikir tentang individu-individu di sebalik sesebuah pameran? Siapakah mereka ini? Atau ada lagi entiti-entiti yang kebanyakkan kita terlepas pandang? The unsung hero yang membantu menjayakan sesebuah pameran seni itu? Apakah kepentingan mereka kepada ekosistem seni kita?
Pertama sekali, apakah itu ekosistem
seni? Pada kebiasaannya ekosistem seni merujuk kepada interaksi dan hubungan di
antara entity-entiti penting dalam dunia seni rupa seperti artis, galeris,
kurator, kolektor, akademis, rumah lelongan, pekerja seni & budaya dan
penghayat seni. Ini merupakan entity-entiti utama dalam ekosistem seni.
Setiap satunya saling berhubung-kait dan
saling menyokong serta mendokong satu sama lain. Seperti contoh, artis
memerlukan galeris untuk menjual dan memasarkan karya mereka, galeris
memerlukan artis untuk hasil-hasil karya dan kolektor untuk membeli karya-karya
ini. Ia merupakan satu hubungan simbiosis.
Kebanyakan daripada kita terlepas pandang
tentang pekerja seni & budaya ini. Mereka merupakan individu penting dalam
memastikan kelangsungan sesebuah acara seni. Mereka antaranya ialah, pengurus
seni, jurugambar, juruvideo, juruteknik dan pereka grafik. Dalam menjayakan
sesebuah pameran, entity-entiti penting yang diperlukan ialah, artis, galeris,
kurator dan yang dibalik tabir ialah pengurus, jurugamba, juruteknik dan pereka
grafik. Kebiasaannya artis, galeri serta kurator mendapat spotlight sesebuah
pameran, namun banyak yang terlupa tentang individu-individu di balik tabir
ini.
Siapakah seorang pengurus seni? Apakah
fungsi atau tugas seorang pengurus seni? Seperti nama bagi jawatan ini, tugas
utama seorang pengurus seni ialah menguruskan serta memastikan kelangsungan dan
kelancaran sesebuah galeri atau pameran tersebut.
Mimie Baharuddin merupakan salah seorang
pengurus seni sohor di Malaysia. Beliau bermula terlibat dalam dunia seni rupa
Malaysia (SERUM) semenjak tahun 2008, telah menguruskan lebih 50 buah pameran
dan projek seni di dalam dan luar negara. Mimie memulakan kerjaya beliau
sebagai seorang pengurus seni pada tahun 2008 di HOM Art Trans (HOM). Di HOM,
Mimie menguruskan pameran bulan dan pameran dwi-tahunan seperti Malaysia
Emerging Artist Award (MEAA) dan Young Guns selain daripada
menguruskan program residensi anjuran HOM seperti Southeast Asia Art Group
Exchange Residency (SAGER), Adopted Residency (A-Res) dan International
Residency (INTERES) yang melibat artis-artis Malaysia dan luar negara.
Pada tahun 2018, Mimie bergerak bersama
Balai Seni Maybank sebagai pengurus projek dan bertanggungjawab bagi
menguruskan pertandingan dan pameran seni tahunan Maybank iaitu MyTIGER
Values Art & Design Competition.
Mimie yang merupakan graduan dari bidang
Pengurusan dan Pemasaran, berterima kasih kepada Aisyah Baharuddin; kakak
beliau yang banyak membantu dan memupuk minatnya terhadap SERUM. Kemudian
beliau mulai aktif menghadiri pameran-pameran seni, bertemu dengan artis dan
menyertai bengkel-bengkel seni. “Selain
daripada Aisyah, saya perlu berterima kasih kepada Bayu Utomo Radjikin dan HOM
Art Trans, kerana di situ semuanya bermula.”
Bila di tanya tentang mengapa memilih
untuk menjadi seorang pengurus, beliau membalas yang minat serta pendedahan
yang membuatkan keinginan menjadi pengurus tinggi. Pada beliau, pengurusan yang
teratur dan sempurna amat penting dalam memastikan kelangsungan dan kelancaran
apa-apa bidang terutamanya bidang seni.
Mungkin ada di antara anda yang fikirkan
apakah kelayakan yang perlu ada untuk menjadi seorang pengurus seni? Adakah
anda perlu untuk mempunyai sijil seni terlebih dahulu dan baru anda layak
menjadi seorang pengurus seni? Untuk menjawab soalan ini, ia bergantung kepada
lokaliti seseorang pengurus tersebut. Jika di negara luar seperti Eropah,
Australia mahupun Singapura, untuk menjadi seorang pengurus seni, seseorang itu
perlu mempunyai sijil dalam bidang seni, seelok-eloknya sijil dalam bidang
pengurusan seni dan kreatif.
Berbanding di Malaysia, ia sedikit
berbeza. Seorang pengurus seni tidak perlu mempunyai sebarang sijil dalam
bidang seni. Jika ada, ia merupakan satu bonus. Tetapi apa yang lebih utama di
Malaysia adalah sikap ingin tahu atau willingness to learn or be the
manager. Jika mereka ingin dan sanggup untuk belajar, mereka boleh menjadi seorang
pengurus seni. Selain daripada itu, seorang pengurus perlu menjadi seorang yang
multi-tasker – kemahiran mereka tidak tertumpu hanya pada satu-satu
perkara. Seorang pengurus perlu mempunyai kemahiran softskill, berketrampilan
dan bijak mengatur masa serta jadual. Seorang pengurus seni penting kerana
perlu diakui yang seni dan pengurusan merupakan dua perkara dan memerlukan
kemahiran yang berbeza. SERUM memerlukan lebih ramai individu (pengurus seni)
yang mampu untuk menguruskan aktiviti-aktiviti seni.
Ruang Sementara Instagram Page
Jika diamati, bidang pengurusan seni
semakin mendapat tempat di kalangan SERUM. Hal ini dapat diperhatikan beberapa
institusi seni telah menawarkan jurusan seni dan pengurusan seperti Universiti
Teknologi MARA (UiTM), ASWARA dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Setiap bidang mempunyai
cabaran-cabarannya, seperti juga pengurus seni. Apakah cabaran yang bakal
ditempuhi oleh para pengurus seni di dalam SERUM? Antara cabaran utama adalah
kurangnya pendedahan dan guidelines for us to follow. Bagaimana untuk
kita atasi cabaran ini?
“Jika anda berminat untuk menjadi seorang
pengurus, cuba untuk bergaul dan bercampur dengan komuniti seni setempat TAPI
seni di sini bukan semata seni visual sebaliknya seni secara menyeluruh,” ujar
Mimie. Sebagai seorang pengurus, anda tidak seharusnya memfokuskan kepada seni
visual sahaja, sebaliknya cuba untuk mengenali cabang seni yang lain seperti
teater, seni tradisional dan lain-lain. Dengan mengenali cabang seni yang lain,
ia mampu membuka paradigma kita dalam melihat seni secara menyeluruh. Selain
daripada itu, komunikasi dan networking amat penting sebagai seorang
pengurus seni.
“Good relationships take time to
develop, so it is best to start now.” Tambah Mimie.
Comments
Post a Comment