Skip to main content

SENI & FALSAFAH: MEMANIFESTASIKAN DEFINISI SENI DAN ESTETIKA oleh Khairani Ahmad Zakuan

 khai

Situasi

Sebuah karya yang hanya mempamerkan sebuah kanvas putih tanpa sebarang calitan warna atau corak dipamerkan di sebuah galeri terkemuka di Eropah.

Persoalan

Adakah perkara diatas mempengaruhi penilaian anda terhadap sesebuah karya?

Apakah bukti yang menetapkan nilai estetika karya ini sebagai hasil seni?

Berapa pentingkah pandangan subjektif anda terhadap hasil seni tersebut?

Apakah yang menjadikan sesuatu itu sebagai hasil seni?

FALSAFAH ESTETIKA

Bagi menjawab segala persoalan diatas kita perlu kembali melihat definisi estetika itu sendiri. Menurut pelbagai sumber, banyak yang menghuraikan definisi estetika sahaja tetapi tidak banyak falsafah estetika yang menghuraikan kepentingan fenomena seni dalam sejarah. Setiap ahli falsafah mempunyai pandangan masing-masing mengenai seni dan mengelaskannya mengikut fahaman masing-masing. Perkara ini nampak ringkas pada dasarnya namun kecantikan adalah sesuatu yang jelas, Secara amnya kita tahu sesuatu benda itu cantik apabila melihatnya.

Jika kita imbas kembali istilah 'estetika', ianya amat sinonim dengan "falsafah seni” sejak bidang penyelidikan falsafah ini wujud pada abad ke-18 lagi. Perkataan ini berasal dari bahasa Yunani 'aisthanestail' yang bermaksud untuk melihat atau “deria”. Ahli falsafah melihat pengalaman kita mengenai kecantikan - semula jadi dan seni – terutamanya melibatkan deria, mereka mula menggunakan istilah ini dalam erti moden.

Immanuel Kant menggunakan istilah "estetik" untuk merujuk kepada kedua-dua prinsip umum yang menentukan pengetahuan mengenai deria dan prinsip yang lebih khusus. Hegel adalah orang pertama yang menolak had falsafah yang mempersoalkan kecantikan dan pertimbangan keindahan alam semulajadi berada di bawah rubrik yang sama dengan kajian seni.

Ramai ahli falsafah kontemporari bersetuju bahawa falsafah seni berada di bawah disiplin yang berasingan. Martin Heideggar, Nelson Goodman dan Arthur Danto bersetuju bahawa ciri-ciri yang terdapat pada sesetengah barangan menjadikan barangan tersebut sebagai hasil seni dan ciri-ciri tersebut tidak ada pada barangan yang lain walaupun mereka tidak bersetuju dengan apakah ciri-ciri tersebut. Beberapa persoalan timbul dari pandangan ini yang mempersoalkan tentang pengetahuan kita terhadap sesuatu sebagai sebuah karya seni sebelum kita memberi sifat seni itu kepadanya.

Dalam proses memdefinisikan seni, langkah pertama adalah kecenderungan untuk mendefinisi. Dalam sejarah, ini adalah pendekatan yang diambil oleh ahli falsafah seni yang pertama iaitu Plato, yang mendefinisikan seni sebagai tiruan. Untuk menjadikan perkataan itu bermakna terdapat beberapa ciri yang membolehkan seseorang mengetahui sama ada sesuatu adalah hasil seni atau pun bukan.

Usaha untuk mendefinisikan seni dimaksudkan dalam definisi yang sebelumnya, yang membezakan antara objek seni dan bukan objek seni. Contohnya, dalam teori tiruan hanya objek tiruan dunia sebenar sahaja dianggap sebagai seni.

Tetapi selalunya, 'seni' tidak digunakan dengan cara deskriptif tetapi dalam cara evaluatif. Perkara ini tidak memberi ruang untuk menilai kerja sebagai buruk atau rendah nilainya, tetapi masih sebuah seni. Ambil satu contoh definisi yang diiktiraf – seni menghubungkan emosi diantara pencipta seni dan penonton, bermaksud mana-mana objek bukanlah satu seni jika ia gagal untuk berkomunikasi dengan penonton.

Ahli falsafah telah mengkategorikan elemen-elemen yang penting jadi sesetengah ahli falsafah masih berpegang kepada artis walaupun tidak termasuk dengan hasil kerja mereka. Ahli teori sastera perancis Roland Barthes berpendapat bahawa penonton adalah asas sebenar makna seni. Sebaliknya, beberapa ahli falsafah lain melihat keseluruhan kompleks hubungan adalah penting. Jadi, untuk menentukan definisi sifat seni, anda perlu memilih yang mana satukah paling penting.

Pendekatan kedua kepada persoalan utama dalam falsafah seni adalah - apakah yang menjadikan sesuatu karya sebagai seni? – merupakan keraguan tentang kemungkinan dalam pendefinisian.

Skeptis berpendapat bahawa seni itu sendiri merupakan fenomena berdasarkan sifatnya menjangkaui percubaan untuk mendefinisikannya. Pada separuh abad ke-20 ahli-ahli falsafah menimbulkan keraguan yang skeptikal. Dalam tradisi analitis, Morris Weitz dan Jacques Derrida memberikan contoh terbaik dalam pendekatan ini dalam tradisi Continental. Walaupun Weitz dan Derrida mempunyai pendapat yang sangat berbeza dari segi falsafah, mereka bersetuju bahawa tradisi membuat kesilapan besar apabila menganggap bahawa matlamat yang sesuai untuk falsafah seni adalah mendefinisikan sifatnya.

Pendekatan ketiga dalam memahami seni bermula pada asas pemikiran Hegel. Hegel mengkategorikan seni sebagai urutan peringkat pembangunan yang diwujudkan dalam konteks sejarah dan budaya tertentu. Ahli falsafah yang kurang berkeyakinan berbanding Hegel dalam perkembangan seni ke arah kebenaran. Namun, ahli falsafah tersebut mengambil darinya idea yang menyatakan bahawa sifat seni boleh difahami dengan betul hanya sebagai ungkapan dari konteks tersebut. Daripada cuba membangunkan definisi seni yang abstrak dan tunggal, ahli-ahli teori moden ini telah memberi tumpuan kepada peranan seni dalam sosial yang berubah-ubah. Antara sebab-sebab ahli-ahli falsafah ini seolah-olah tidak berminat untuk mentakrifkan seni ialah mereka berpendapat bahawa mana-mana definisi itu akan menjadi terlalu abstrak. Bagi mereka, ia adalah lebih penting untuk memahami fungsi sebenar atau konkrit seni dalam konteks sejarah dan sosial tertentu seterusnya merangka definisi yang akan digunakan untuk semua konteks tanpa kemungkinan.

OBJEKTIF DAN SUBJEKTIF DALAM SENI

Bagaimana kecantikan boleh menjadi objektif dan subjektif dalam masa yang sama?

Sama seperti apa yang Plato katakan – kecantikan adalah seperti kebaikan – semua benda adalah cantik tetapi kita melihatnya dengan sudut pandangan yang berbeza. Terdapat banyak kebiasaan mengenai kebaikan dan keburukan yang kita lihat namun terdapat juga kes terpencil dimana ia dibina untuk mencabar pemikiran kita. Kadang kala kecantikan dilihat sudah hilang di dunia ini, begitu juga dengan kebaikan berdasarkan cara bagaimana dunia melihat perkara cantik/baik. Kita menjadi lebih cenderung untuk menyatakan sesuatu perkara itu cantik/baik berdasarkan cara orang lain menyatakannya walaupun kita tidak begitu mengenali perkara tersebut. Jadi, perkara subjektif mengenai kecantikan bersifat ilusi.

Sesuatu perkara mungkin kelihatan cantik pada pandangan seseorang dan begitulah sebaliknya. Terdapat kelebihan mengenai perbezaan pandangan mengenai kecantikan terutamanya dalam pemilihan pasangan. Jika benar kita sependapat mengenai kecantikan, kita semua akan menyukai dan membenci perkara yang sama kerana ia adalah lebih mudah untuk diwarisi. Jadi tidak hairanlah kita semua bersetuju bahawa karya Van Gogh adalah lebih cantik daripada lukisan orang lidi dimana kita berkembang untuk lebih menggemari perkara sedemikian. Pada pandangan ini, objektiviti kecantikan adalah ilusi – kecantikan adalah subjektif.

Kita menggunakan perkataan ‘cantik’ untuk menggambarkan sesuatu benda tetapi tanpa maksud yang konkrit, sukar untuk kita nyatakan sesuatu perkara itu berkonsepkan objektif atau subjektif. Mungkin sesuatu yang kita cipta atau sesetengah perkara yang kita bina kelihatan cantik secara objektifnya dan sesetengah perkara yang kita lihat cantik secara subjektif kelihatan begitu kerana ia menyerupai perkara yang kita lihat sebagai cantik.

Seni juga berdepan dengan masalah yang sama. Sebelum ini kita mempunyai pandangan yang bagus mengenainya, namun seni semakin berubah dan kini seni kontemporari mula diterima sebagai seni. Namun, sesetengah artis mula berasa tidak senang dan mempersoalkan tentang status sesuatu sebagai objek seni. Jika kita mempersoalkan status sesuatu objek sebagai objek seni, reaksi tersebut adalah reaksi yang diingini oleh karyawan. Tetapi, seni mungkin merupakan perkataan yang kita tahu untuk menggunakannya tetapi tidak tahu definisinya yang sebenar.

SENI SEBAGAI REFLEKSI KEPADA KEBENARAN, TEORI DAN TEKS

Kebenaran yang tersirat

“Daripada manakah asal usul sesebuah karya seni itu?”
-Martin Heidegger

Jawapannya adalah asal usul karya seni itu adalah datang daripada karya seni itu sendiri. Heidegger juga menyatakan bahawa untuk memahami karya seni itu seseorang itu perlu memahami tiga jenis aspek iaitu yang pertama adalah pengkarya itu sendiri, audien yang melihat karya tersebut dan karya itu sendiri. Ini kerana karya itu sendiri ada hubungan sesama ia dan ini memberikan impak pada audien. Dan disinilah kebenaran itu muncul. Timbul persoalan baru “Bagaimanakah untuk mengetahui perbezaan antara karya A dan karya B?” Jawapannya adalah peralatan yang digunakan untuk menghasilkan karya terbabit dan ini juga menjawap persoalan “Bagaimanakah karya tersebut boleh menyampaikan kebenaran?” Ini kerana kita bukan sahaja semata-mata melihat peralatan yang digunakan untuk menghasilkan karya itu sahaja tetapi kita perlu melihat jauh dari konteks peralatan itu sendiri. Heidegger memberi contoh antara karya Manet dan juga pengukir patung Greek yang wujud pada dua zaman yang berbeza. Kebenaran yang ingin disampaikan dalam kedua-dua karya ini adalah budaya sejarah yang wujud pada ketika itu. Teori Heidegger ini akan rumit dan sofisikated untuk difahami tapi jika diterjemahkan dalam contoh yang lebih mudah, Heidegger menggunakan tiga terma untuk menjelaskan tentang budaya manusia. Yang pertama adalah world (dunia) sebagai hubungkait seseorang untuk dia menghuraikan sesuatu atau seseorang. Yang kedua adalah earth (bumi) sebagai platfom untuk budaya itu berkembang manakala yang ketiga adalah strife iaitu konflik antara world dan earth itu tadi. Kesan daripada konflik antara world dan earth itu tadi maka terjadilah naik turun budaya di dunia ini dan akhirnya terhasillah sejarah tamadun manusia. Berbalik kepada persoalan karya itu tadi, jalan mudah untuk memahami karya tersebut adalah dengan memahami sifat semulajadi karya tersebut, peranan pengkarya dan peranan audien. Tambah Heidegger, peralatan dan karya perlu diasingkan dalam proses kita untuk memahami karya tersebut. Kesimpulan yang mudah yang boleh difahami disini adalah pengkarya bertindak sebagai pencipta (creator) perlu ada keserasian dengan audien yang bertindak sebagai penyimpan (preserver) sebagai proses mudah untuk membaca sesebuah karya itu. Bagi Heidegger kelahiran sesebuah karya itu datanglah daripada pengkarya itu sendiri dan sama juga seperti pengkarya dimana beliau juga terlahir daripada karyanya sendiri. Ini kerana  karya itu sendiri dicipta oleh pengkarya tersebut malah pengkarya tersebut juga nama dicipta berdasarkan karya tersebut. Jika kita lihat sesebuah karya tersebut apakah yang boleh dilihat dengan mata kasar terlebih dahulu? Nilai atau objek? Ini kerana Heidegger berpendapat untuk menilai atau mengkritik sesebuah karya itu langkah pertama sekali adalah dengan melihat dari sudut luarannya dahulu dan dari situlah kita boleh mengkritik nilai estetikanya.

Objek harian membentuk suatu teori dan isu

“Apa yang membezakan objek tersebut adalah sebuah karya seni ataupun bukan karya seni?”
-Arthur Danto

Bagi Arthur Danto pula, di zaman ini banyak –ism baru yang muncul didalam peredaran masa gerakan seni. Tanpa kita sedar ism-ism ini melanggar sempadan antara benda seni dan benda bukan seni. Jadi apa karekter yang membezakan objek seni dan objek bukan seni ini? Contohnya seperti karya Bottle Rack (1914) oleh Marcel Duchamp yang hanya sekadar penyangkut botol yang diambil kemudian diangkat terus sebagai sebuah karya. Bagaimanakah karya Marcel Duchamp ini boleh dianggap sebagai sebuah karya? Bagi Danto, perkara utama yang boleh membezakan antara objek biasa dan objek seni ini adalah elemen yang disuntik di dalamnya. Contoh paling mudah adalah perbezaan di antara kuali yang berada di dapur dan kuali yang berada di tengah-tengah galeri. Seperti yang kita tahu secara logiknya kuali adalah barangan yang di hasilkan secara besar-besaran (mass production) dan ianya adalah barangan dapur harian yang biasa. Jadi untuk membezakan dua objek ini adalah dengan melihat cara penggunaannya. Kuali di dapur sudah tentu digunakan untuk memasak kerana ia berada di dapur berbanding dengan kuali yang di tengah-tengah galeri yang telah disuntik dengan konten sebagai representasi kepada sesuatu isu atau teori dan ini merupakan alasan yang kukuh untuk mengangkatnya sebagai sebuah karya.

Kuasa melalui teks dan tanggapan

 

“It was Woman, with her sudden fears, her irrational whims, her instinctive

fears, her unprovoked bravado, her daring and her delicious delicacy of feeling”
-
Balzac

Berdasarkan hujah diatas, Roland Barthes menimbulkan satu persoalaan, siapakah yang dimaksudkan oleh Balzac diatas? Adakah wanita yang digambarkan itu adalah refleksi kepada diri Balzac sendiri yang kononnya beliau telah dikurniakan dengan pengalaman peribadinya berteraskan falsafah wanita? Adakah Balzac cuba memetaforakan idea feminiti dalam hujah tersebut? Ini merupakan persoalan yang penting yang diutarakan oleh Roland Barthes dalam penulisan beliau “Death of the author”. Apa yang tersirat dalam esei yang ditulis pada tahun 1968 ini adalah istilah “kematian pengarang” membawa maksud sesuatu penulisan tersebut tidak perlu bergantung atau terpengaruh dengan apa-apa jua yang berkaitan dengan pengarangnya sendiri. Dalam pengertian yang lain, pembaca tidak perlu dipengaruhi oleh sebarang aspek luar dan dalam yang datangnya daripada penulis itu sendiri. Ini kerana bagi Barthes, apabila seorang penulis terbabit selesai menulis penulisannya maka terputuslah hubungan antara beliau dan penulisannya sendiri. Maka pembaca berhak untuk menilai atau mentafsir penulisan terbabit berdasarkan pemahaman pembaca itu sendiri. Hal ini juga sama berlaku di dalam konteks seni di mana audien mempunyai kuasa untuk menilai sesebuah karya seni tersebut. Jika kita lihat kembali di dalam teori Feldman, langkah terakhir sekali dalam proses membaca karya adalah judgement, di mana audien berhak meletakkan status samaada karya tersebut berjaya atau tidak berdasarkan konteks beliau sendiri.

KUASA SEBENAR UNTUK MENILAI

Jadi adakah karya yang hanya mempamerkan sebuah kanvas putih boleh diangkat sebagai sebuah karya yang agung? "Ia adalah kerja seni, ada sistem di sebaliknya, ia tidak dicat secara tidak sengaja, ia adalah sebuah karya seni yang dikatakan sebahagian dari sebuah aliran" mungkin ini hujah yang dikeluarkan untuk menyokong status karya terbabit.

Mungkin anda seorang yang bercitarasa klasik dan menggemari sesuatu yang klasik, jadi tidak hairanlah anda tidak menggemari lukisan putih tersebut. Usaha-usaha perdamaian yang dilakukan untuk menyatukan kedua-dua pihak yang menggemar dan tidak menggemari lukisan putih ini boleh menimbulkan perbahasan falsafah yang berterusan. Jalan mudah sebagai penghakiman terhadap karya seni hanyalah dengan meletakkan bahawa pertembungan citarasa yang berbeza adalah isunya yang sebenar. Namun begitu jika citarasa tidak diambil kira – adakah seseorang itu salah jika dia menggemari sesuatu yang berbeza dengan orang lain?

Masalah yang timbul dari pandangan ini adalah sejauh mana kita boleh mempercayai tanggapan kita yang tidak terlatih untuk menilai karya seni. Impresionisme mencadangkan bahawa penilaian seseorang terhadap seni tidak boleh bergantung semata-mata pada pilihan individu tersebut.  Mungkin seseorang yang tidak menggemari lukisan putih tersebut kerana beliau tidak terlatih dan perlu menjalani latihan keseluruhan sebelum mahir dalam bidang seni. Dalam erti kata lain, tidak semua penilaian tentang seni berada di kedudukan yang sama. Seseorang yang terlatih lebih berkelayakan untuk menilai hasil seni.

Mempelajari konteks budaya, kehidupan artis dan sejarah berkaitan seni akan membantu kita untuk melihat maksud seni berkenaan seterusnya memperkaya pengalaman dalam melihat, membaca dan mendengar. Jadi disini adakah seseorang yang tidak terlatih tidak layak menilai hasil seni? Mungkin bagi individu yang tidak terlatih mereka akan menilai seni hanya diatas permukaan karya terbabit sahaja dan melihat apa yang tersirat hanya dalam konteks beliau.

Namun begitu status untuk menentukan karya tersebut berjaya atau tidak masih diserahkan pada audien yang melihat. Tidak kiralah walaupun seseorang itu mempunyai ilmu dalam bidang seni ataupun tidak, beliau masih mempunyai kuasa dalam penilaian sesuatu karya.

RUMUSAN – DALAM KONTEKS MALAYSIA

Pada saya, kelebihan karya-karya yang bersifat konsepsual ini adalah ia menimbulkan sifat ingin tahu pada audien yang datang melihat dan tanpa kita sedari ia dapat melahirkan masyarakat yang berfikir kearah kritikal dan kreatif. Walaupun dengan hanya mengambil objek-objek harian dan terus diangkat sebagai sebuah karya tetapi apa yang tersirat disebaliknya sangat berat dengan isu-isu mengenai politik, sosio-masyarakat, psikologi ataupun isu-isu yang selama ini kita tidak sedar.

Di Malaysia, penerimaan karya-karya yang bersifat konsepsual ini mungkin masih baru dan agak sukar untuk dihadam oleh audien yang datang melihat. Contohnya karya-karya konsepsual semasa pameran kontroversi Towards a Mystical Reality (1974) oleh Sulaiman Esa dan Redza Piyadasa. Telah tercetus sedikit ketegangan apabila penyajak terkenal ketika itu Salleh ben Joned ingin menyiram air kencing ke dalam karya Redza Piyadasa kerana menganggap karya tersebut mengarut dan tiada nilai-nilai seni yang sebenar. Ini kerana pendedahan mengenai seni di Malaysia masih tertakhluk pada konsep “Seni itu adalah kebendaan” walhal seni itu sebenarnya adalah kebenaran, kebenaran untuk menyampaikan sesuatu.

Ini kerana seseorang pengkarya tersebut bukanlah inidividu yang ternama atau terkenal untuk menyuarakan sesuatu pendapat. Namun begitu, karya seni beliaulah yang menjadi platform untuk menyampaikan kebenaran, isu ataupun pendapat yang selama ini tidak diendahkan oleh masyarakat sekeliling.

Tidak semestinya dalam menyampaikan sesuatu isu perlu membuat lukisan yang penuh dengan cat yang warna-warni atau arca yang mempunyai bentuk-bentuk yang geometrik, kadang kala hanya sekadar mengambil objek-objek harian disekeliling dan disuntikkan dengan mesej atau isu-isu semasa ia sudah cukup untuk menjadi sebuah karya seni.

Nilai-nilai formalistik mungkin tiada di dalam karya-karya konsepsual tetapi apa yang penting adalah mesej yang ingin disampaikan. Itu pun jika anda masih melihat nilai seni melalui nilai estetikanya bukanlah nilai matawang didalamnya.

 

Comments

Popular posts from this blog

SEORANG SENIMAN MENGHILANG SELEPAS MEMICIT TELUR KUCING OLEH ZHAFIRIN ZULKIFLI

    Gambar oleh Amin Morris “Selain menyiram pokok bunga dan memicit telur kucing, hobi lain saya adalah menonton Youtube,” kata Amin Morris. Sejak perbualan berkenaan, dua tahun lepas, Amin Morris tiba-tiba menghilang tiada perkhabaran berita sama sekali. Beberapa kawannya bertanyakan hal sama. Saya mula mengumpul dan mengingat perbualan kami dan boleh jadi, Amin Morris kembali ke kampung halaman, mengerjakan pekerjaan asal, menoreh getah atau memilih kehidupan lama, tidur di dalam kereta Kancil di depan Balai Seni Negara. Atau lebih malang, Amin Morris mungkin di baham kucing miliknya. Percakapan Amin Morris sangat lembut, kadangkalanya kedengaran seperti Amin Morris sedang membaca buku teks. Penggunaan ‘saya’, kamu’ sering digunakan. Amin Morris adalah seorang pelaku seni rupa dan sempat berpameran di merata tempat termasuk di Kedutaan Ipoh serta Gudskul Ekosistem, Jakarta. Antara karya beliau ialah ‘Lidah Kucing bercabang tiga, anak tikus ditapak tangan, kepala besar otak ...

Malaysian 'CONTEMPORARY ART' Problems by Oshinobi お忍び

Nowadays, almost every fine artists and craftsmen in Malaysia uses the word 'contemporary art' to describe their artworks. Sure, 'contemporary' is a pretty sweet candy, like a fondant topping on top of a regular looking cake, used to attract possible buyers and admirers. Liam Gillick, an influential art critic accused the word for having an excessive usefulness. You can say that it is in the same category as strong words like 'organic' or 'premium'. A marketing ploy. But, what is 'contemporary art' anyway? Why is it becoming such a strong and popular word to advertise almost everything? And why our collective believe that contemporary art is facing many problems in Malaysia? First, let’s have a look at the linguistic meaning of that word.   Artworks made by students of UiTM last year. In your opinion, which is more suitable to be given the classification of ‘contemporary art’? The Confusion in the Meaning of the Word In Oxford Dictionary, ...

You Suck! So You Should Stop Being An Artist by Khairul Ehsani Sapari

Yeah, you heard me. Think I’m joking? Nope. And no, I’m not just trying to get your attention. By the way, if you’re a successful artist, this article isn’t for you. I hate you. Go away. Now move along...… Still here? Alright, let me tell you why you should stop being an artist. Let's address the elephant in the room: as an artist, you suck. You're not exactly selling like nasi lemak. No matter how many paintings, sculptures, or prints you produce, they're just not flying off the walls. The occasional red dot on your artwork's nameplate might have felt like a victory, but let's face it, those moments were few and far between. So, what do you do? You keep pouring money into canvas, paint tubes, and brushes, convincing yourself it's an investment for the future. But in reality, your studio space is slowly turning into a dusty storage unit, filled with unsold creations that seem more like burdens than assets. And we're just talking about those random open-c...