Skip to main content

Etika (Tak Bertulis) Ke Galeri Seni oleh Amir Amin





Rata-rata rakan dari Twitter selalu mengajukan soalan tentang etika ke galeri seni. Adakah ada etika atau peraturan tertentu yang wajib dipatuhi ketika melawat ke ruang-ruang kesenian ini? Antara soalan-soalan yang biasanya diajukan seperti ‘Bolehkah memakai selipar ke galeri?’, ‘Adakah galeri hanya untuk golongan elitis?’, ‘Boleh bawa kanak-kanak ke?’ dan ‘Boleh ke untuk kita ‘selfie’ di galeri seni?’. Bunyinya agak melucukan, tetapi itulah yang seringkali ditanyakan terutama dalam laman sosial seperti Twitter dan Facebook.

Mengapakah hal ini terjadi? Adakah kerana terdapat jurang yang terlalu lebar antara orang awam dan masyarakat seni? Mungkin, tetapi apa yang boleh diperhatikan adalah, dewasa kini rata-rata orang awam mula menunjukkan minat lagi-lagi dengan kehadiran galeri-galeri seni di ruang awam seperti dalam pusat membeli-belah. Selain daripada itu, dengan penganjuran program kesenian seperti Bakat Muda Sezaman 2021; Seni di Lokasi membuatkan minat orang ramai makin meningkat. Seni dewasa kini bukan dilihat sebagai satu komoditi elitis sebaliknya lebih dekat dengan rakyat.

Berbalik kepada soalan yang diutarakan seperti wujudkah etika untuk ke galeri seni? Jika diamati dengan lebih dekat, peraturan yang wujud di galeri seni ialah “Dilarang menyentuh karya” (namun ada kelonggaran untuk peraturan ini), “Dilarang makan dan minum” dan “Dilarang menggunakan flash ketika mengambil gambar”. Ketiga-tiga peraturan ini diterima pakai untuk kesemua galeri seni.

Namun, terdapat beberapa peraturan ‘tidak bertulis’ yang wajar dijadikan pendoman untuk kita semua ketika melawati galeri seni.  

1.     Dilarang Menyentuh Karya

Ia merupakan satu peraturan penting ketika melawat mana-mana galeri, tetapi terdapat kelonggaran pada peraturan ini. Ada sesetengah karya yang perlu disentuh bagi menjayakan karya tersebut. Jika tiada sebarang deskripsi berbunyi, “silalah berinteraksi (sentuh) karya”, anda sebagai pelawat hendaklah elakkan dari menyentuh karya tersebut.

Penakluk Ekonomi Sejagat, Amar Shahid.

Kerana apa karya-karya seni ini dilarang disentuh? Kerana sesetengah karya yang dipamerkan sangat rapuh. Jika karya tersebut rosak dan anda ditangkap, kemungkinan tinggi untuk anda membayar gantirugi kepada artis yang mana, ia bukanlah satu jumlah yang sedikit.



Meeting I oleh Jee Mei-Jane yang retak.


Karya yang dicabuli di Bakat Muda Sezaman 2019.

2.     Perlahankan Suara Anda

Jika anda amati suasana sesebuah galeri, ia sangat menenangkan serta mendamaikan. Kebanyakan galeri terutamanya institusi seperti Balai Seni Negara (BSN) dan Galeri Ilham, memberikan satu suasana yang sunyi dan tenteram. Ramai pengunjung hadir ke galeri bagi menikmati karya-karya seni dalam suasana sebegini. Selain daripada suasana yang tenteram ini, ada sesetengah karya yang menggunakan audio, baik dari pembesar suara atau menggunakan fonkepala. Untuk menikmati karya-karya sebegini, ruang galeri perlu berada dalam keadaan yang sunyi bagi memberikan pengalaman yang optimum.

Karya Pembukaan oleh Mohd Fuad Arif.

Namun harus diingat, yang ini adalah galeri dan bukannya sebuah perpustakaan, kita masih lagi boleh berborak dan berbincang tentang pameran tapi tidaklah berborak seperti di kedai mamak. Perbincangan hangat tentang pameran ini, boleh dilakukan di kedai mamak seusai pulang dari galeri tersebut.

3.     Jangan Berdiri Terlalu Dekat (Atau Lama) Dengan Sesebuah Karya

Anda boleh menikmati karya tersebut dengan melihat bagaimana hasil kerja seseorang artis - sapuan berusnya, perincian hasil kimpalan dan gurisan dalam karya cetakan, asalkan anda tidak menganggu orang lain. Jika terlalu lama mengamati dan membelek-belek sesuatu karya, acapkali kita akan menganggu orang lain yang ingin menikmati karya tersebut. Tetapi peraturan ini terpakai jika kita melawati pameran Ketika acara perasmian. Jika pada hari-hari biasa yang mana rata-rata galeri sunyi sepi tanpa pengunjung, anda dialu-alukan untuk menikmati karya itu selama mana pun, asalkan, tidak menyentuh karya tersebut.

Bagaimana pula untuk kita tahu jarak yang bersesuaian antara kita dan karya? Ada sesetengah galeri akan meletakkan penghalang sebagai panduan, jarak maksimum yang anda boleh hampiri karya tersebut. Namun jika tiada penghalang diletakkan, pastikan terdapat jarak yang mencukupi untuk mengelakkan anda daripada terjatuh ke atas karya tersebut. 

Penghalang pada karya.

Hal ini pernah berlaku di mana seorang kanak-kanak berusia 12 tahun ini tersadung dan tertumbuk karya Paolo Porpora yang bernilai USD 1.5 juta.

Kanak-kanak berusia 12 tahun ini tersadung dan tertumbuk karya Paolo Porpora yang bernilai USD 1.5 juta.

4.     Buat Sedikit Kajian Tentang Galeri dan Pameran

Jika ini merupakan kali pertama anda melawat sesebuah galeri tersebut, adalah baik jika anda membuat sedikit carian menggunakan Google tentang galeri tersebut. Tidak semua galeri mempunyai waktu operasi yang sama. Seperti contoh, ada galeri yang memulakan operasi seawal jam 10.00 pagi manakala ada sesetengah galeri bermula jam 11.00 pagi. Ada pula galeri yang buka setiap hari, dan ada juga yang tutup pada hari Isnin. Jadi, semak terlebih dahulu di laman sesawang galeri tersebut.

Selain daripada waktu operasi, anda boleh juga menyemak etika dan peraturan ke galeri (jika ada), seperti contoh tentang etika pemakaian dan kemudahan serta fasiliti yang disediakan. Ini amat penting untuk diberi perhatian terutama buat orang kelainan upaya (OKU) – adakah ruang galeri itu boleh diakses menggunakan kerusi roda dan sebagainya.

Etika Galeri National Gallery Singapore.

5.     Hormat Karya Seni, Galeri dan Artis

Galeri tidak pernah mahu menakutkan anda kepada seni, sebaliknya mereka lebih berterima kasih dan amat menghargai anda; para pelawat yang datang meraikan dan merayakan karya-karya seni dan para artis ini. Jadi anda sebagai pelawat perlulah menghormati karya-karya seni ini dengan melakukannya sepertimana yang perlu dilakukan. Bukanlah menghormati atau menyanjung karya terlalu tinggi tetapi memastikan ia diperlakukan dengan bermaruah.

Harga bukanlah perkara tuntas dalam sesebuah karya, sebaliknya ia hanya sebahagian kecil daripada keseluruhan karya seni tersebut. Para pelawat perlu sedar tentang kerumitan proses penciptaan sesuatu karya seni; bukan sahaja ia memerlukan pelaburan wang yang tinggi, sebaliknya pelaburan masa dan juga emosi seseorang artis. Apabila para pelawat tidak menghormati karya-karya artistik ini dan menganggapnya sebagai sesuatu yang remeh, ia amat menyedihkan buat para artis.

Cara terbaik untuk memberikan lebih pendedahan kepada orang ramai tentang seni adalah dengan merakyatkan seni; menjadikan seni lebih dekat dengan rakyat dan bukannya seperti stigma yang sentiasa kedengaran dikaitkan dengan budaya elitis dan mahal. Seni adalah dan hak untuk semua. Seni wajar diraikan oleh semua tanpa mengira status quo seseorang.

Comments

Popular posts from this blog

SEORANG SENIMAN MENGHILANG SELEPAS MEMICIT TELUR KUCING OLEH ZHAFIRIN ZULKIFLI

    Gambar oleh Amin Morris “Selain menyiram pokok bunga dan memicit telur kucing, hobi lain saya adalah menonton Youtube,” kata Amin Morris. Sejak perbualan berkenaan, dua tahun lepas, Amin Morris tiba-tiba menghilang tiada perkhabaran berita sama sekali. Beberapa kawannya bertanyakan hal sama. Saya mula mengumpul dan mengingat perbualan kami dan boleh jadi, Amin Morris kembali ke kampung halaman, mengerjakan pekerjaan asal, menoreh getah atau memilih kehidupan lama, tidur di dalam kereta Kancil di depan Balai Seni Negara. Atau lebih malang, Amin Morris mungkin di baham kucing miliknya. Percakapan Amin Morris sangat lembut, kadangkalanya kedengaran seperti Amin Morris sedang membaca buku teks. Penggunaan ‘saya’, kamu’ sering digunakan. Amin Morris adalah seorang pelaku seni rupa dan sempat berpameran di merata tempat termasuk di Kedutaan Ipoh serta Gudskul Ekosistem, Jakarta. Antara karya beliau ialah ‘Lidah Kucing bercabang tiga, anak tikus ditapak tangan, kepala besar otak ...

Malaysian 'CONTEMPORARY ART' Problems by Oshinobi お忍び

Nowadays, almost every fine artists and craftsmen in Malaysia uses the word 'contemporary art' to describe their artworks. Sure, 'contemporary' is a pretty sweet candy, like a fondant topping on top of a regular looking cake, used to attract possible buyers and admirers. Liam Gillick, an influential art critic accused the word for having an excessive usefulness. You can say that it is in the same category as strong words like 'organic' or 'premium'. A marketing ploy. But, what is 'contemporary art' anyway? Why is it becoming such a strong and popular word to advertise almost everything? And why our collective believe that contemporary art is facing many problems in Malaysia? First, let’s have a look at the linguistic meaning of that word.   Artworks made by students of UiTM last year. In your opinion, which is more suitable to be given the classification of ‘contemporary art’? The Confusion in the Meaning of the Word In Oxford Dictionary, ...

You Suck! So You Should Stop Being An Artist by Khairul Ehsani Sapari

Yeah, you heard me. Think I’m joking? Nope. And no, I’m not just trying to get your attention. By the way, if you’re a successful artist, this article isn’t for you. I hate you. Go away. Now move along...… Still here? Alright, let me tell you why you should stop being an artist. Let's address the elephant in the room: as an artist, you suck. You're not exactly selling like nasi lemak. No matter how many paintings, sculptures, or prints you produce, they're just not flying off the walls. The occasional red dot on your artwork's nameplate might have felt like a victory, but let's face it, those moments were few and far between. So, what do you do? You keep pouring money into canvas, paint tubes, and brushes, convincing yourself it's an investment for the future. But in reality, your studio space is slowly turning into a dusty storage unit, filled with unsold creations that seem more like burdens than assets. And we're just talking about those random open-c...