Skip to main content

BERTAMU di Ruang Tamu Rahime oleh Amir Amin





All the artworks in my collection would be meaningless if they kept in my storeroom and not shared. The collection needs a permanent home where it can be viewed and enjoyed by the public and utilized as research materials for art students and curators.

Kenyataan oleh Almarhum Rahime Harun mengenai koleksi seni beliau. Benar bahawa jika sesuatu koleksi itu dibiarkan disimpan tanpa dipertontonkan untuk generasi akan datang secara tidak langsung agak counterproductive dalam perkembangan seni rupa Malaysia. Koleksi-koleksi seni ini seharusnya dipertontonkan kepada khalayak ramai selain menjadi bahan rujukan untuk tujuan pengajian buat para pelajar seni, pensyarah dan kurator.

Kebanyakan kolektor seni seni jarang sekali untuk menayangkan koleksi-koleksi mereka. Rata-rata mereka agak malu-malu untuk mempamerkan semula karya dalam koleksi. Mereka lebih selesa untuk berkongsi karya-karya mereka kepada sekumpulan kecil khalayak yang kebiasaannya terdiri daripada kalangan sanak-saudara dan sahabat serta kenalan rapat yang berkunjung ke rumah mereka. Hal ini sedikit berbeza dengan para kolektor terutamanya daripada Eropah dan Amerika Syarikat malahan jiran tetangga kita dari Indonesia dan Singapura. Whitney Museum of American Art, Walker Art Center, Guggenheim Museum, Feuerle Collection, The Private Museum dan Tumurun Private Museum yang mana mereka semua ini bermula sebagai sebuah koleksi peribadi namun kini menjadi antara entiti-entiti penting dalam dunia seni rupa.

Pameran koleksi ini penting kerana ianya membenarkan khalayak ramai untuk menikmati karya-karya penting yang berada dalam simpanan para kolektor sohor ini. Kebiasaannya jika sesebuah karya itu dibeli oleh para kolektor, keberangkalian untuk ianya tidak dipamerkan kembali tinggi. Biasanya kolektor akan meminjamkan karya-karya koleksi mereka bagi tujuan pameran retrospektif sepertimana pameran “At the End of the Day, Art is Not Important” oleh Ahmad Fuad Osman dan “Kok Yew Puah: Portrait of a Malaysian Artist”. Ianya sedikit berbeza dengan karya-karya yang dibeli oleh institusi besar seperti Balai Seni Negara yang akan memamerkan karya-karya koleksi mereka secara berterusan.

Pameran Koleksi bukanlah satu benda yang baharu sebaliknya ianya telah diadakan sejak tahun 1970-an lagi anjuran Balai Seni Negara (dahulu dikenali sebagai Balai Seni Lukis Negara) antaranya koleksi kolektor-kolektor mapan seperti Dr. Chan Chin Cheung, Chen Voon Fee, Hisham Al-Bakri, Ismail Zain, Zain Azahari; sekadar menyebut beberapa nama.

Dalam tempoh sedekad ini, dapat diperhatikan ramai kolektor mula untuk memamerkan karya koleksi mereka ke khalayak ramai. Antara mereka ialah Pakharuddin & Fatimah Sulaiman dan Aliya & Farouk Khan, yang memamerkan karya-karya koleksi mereka di ruang galeri-galeri. Tak lupa juga beberapa kolektor tempatan yang mempunyai muzium dan ruang galeri persendirian untuk memamerkan karya-karya koleksi di samping sebagai ruang pameran seperti Museum Azman (Datuk Azman Nurdin), Rumah Lukis (Pital Maarof), dan Ilham Gallery (Tun Daim).

BERTAMU merupakan sebuah pameran yang mengetengahkan karya-karya dalam koleksi Rahime Harun, bertitik tolak daripada pameran Object Matters: Emancipating the Collection of Rahime Harun. Apa yang menariknya tentang pameran koleksi ini? Kerana ini bukanlah kali pertama karya-karya koleksi Rahime Harun dipertontonkan kepada khalayak ramai. Sebelum ini, Rahime telah memamerkan koleksi beliau di tiga buah pameran masing-masing di tahun Pursuing a Dream – From the Collection of Rahime Harun (1993), Pursuing A Dream – Representational Art (1995) dan Koleksi Saya – Rahime Harun (2008), jadi apakah yang membezakan BERTAMU ini?

Pertama sekali, pameran ini tidak diadakan di ruang galeri. BERTAMU membuka pintu, kepada orang ramai untuk menjengah masuk ke rumah kedai tiga tingkat kepunyaan Rahime Harun di mana di situ merupakan ruang bagi galeri seni, bengkel bingkai gambar dan juga rumah. Karya-karya koleksi beliau dipamerkan sepertimana ianya digantung di sebuah rumah. Tiada ruang-ruang tertentu yang membahagikan koleksi tersebut. Seusai memasuki ruang tamu tersebut, di kiri dan kanan dinding dipenuhi oleh karya-karya catan dan lukisan oleh artis-artis sohor seperti Zulkifli Dahlan, Juhari Said, Rafiee Ghani, Syed Ahmad Jamal, dan Latif Mohidin. Melangkah beberapa tapak ke hadapan, tegap berdiri karya Bujang Berani oleh Bayu Utomo Radjikin. Ianya pasti tidak seperti pameran koleksi kebiasaan. Bagi yang mengenali Rahime secara peribadi dan pernah bertamu di sini, pasti akan menggamit memori-memori. Manakala bagi yang kali pertama bertamu, ianya seperti sebuah dialog dengan Rahime. Melihat dan menikmati karya-karya koleksi beliau seperti membaca dan berkenalan dengan Rahime, kerana koleksi seni seseorang itu banyak memberitahu tentang sosok kolektor itu.

Kedua, BERTAMU membawakan karya-karya yang jarang-jarang dapat dilihat dan dinikmati. Setiap karya yang dikumpul oleh Rahime terasa sangat bermakna dan istimewa. Ianya merupakan satu rekod atau bab pertama bagi kebanyakkan artis yang dikumpul beliau. Antara karya-karya awal dan tahun akhir bagi artis sohor masakini dalam koleksi Rahimi adalah dari Amin Busu, Rafiee Ghani, Juhari Said, Bayu Utomo Radjikin, Hamir Soib, Ahmad Sukri Mohd, Ahmad Fuad Osman dan Hamir Soib. Menurut Rahime, karya-karya seni merupakan aset-aset budaya dan ianya perlu dipelihara, dikumpul dan dikaji. Karya-karya seni seperti catan, cetakan dan arca merupakan rekod kepada ketamadunan kita. Dengan hadir ke pameran ini, penonton dapat melihat sisi lain artis-artis sohor ini. Seperti contoh, Rafiee Ghani yang beliau terkenal dengan karya-karya catan yang ekspresif dengan penggunaan warna-warna panas seperti merah, kuning dan jingga. Namun siapa yang tahu, beliau juga mempunyai sebuah siri catan figuratif dan ketika tahun akhir pengajian beliau, Rafiee menghasilkan sebuah karya lanskap yang sangat ekspresif dengan penggunaan warna-warna ranah.

Dengan BERTAMU A.P Art Gallery secara langsung dapat memanjangkan hayat sesebuah karya seni dan ianya adalah satu tanggungjawab sosial kolektor seni dan institusi. Pameran-pameran koleksi ini tentu sekali memberi peluang untuk khalayak ramai menghayati khazanah budaya bangsa dalam pelbagai ragam yang diserikan dengan lakaran luahan perasaan, resam atau cermin kehidupan masyarakat kita hari ni.

Comments

Popular posts from this blog

SEORANG SENIMAN MENGHILANG SELEPAS MEMICIT TELUR KUCING OLEH ZHAFIRIN ZULKIFLI

    Gambar oleh Amin Morris “Selain menyiram pokok bunga dan memicit telur kucing, hobi lain saya adalah menonton Youtube,” kata Amin Morris. Sejak perbualan berkenaan, dua tahun lepas, Amin Morris tiba-tiba menghilang tiada perkhabaran berita sama sekali. Beberapa kawannya bertanyakan hal sama. Saya mula mengumpul dan mengingat perbualan kami dan boleh jadi, Amin Morris kembali ke kampung halaman, mengerjakan pekerjaan asal, menoreh getah atau memilih kehidupan lama, tidur di dalam kereta Kancil di depan Balai Seni Negara. Atau lebih malang, Amin Morris mungkin di baham kucing miliknya. Percakapan Amin Morris sangat lembut, kadangkalanya kedengaran seperti Amin Morris sedang membaca buku teks. Penggunaan ‘saya’, kamu’ sering digunakan. Amin Morris adalah seorang pelaku seni rupa dan sempat berpameran di merata tempat termasuk di Kedutaan Ipoh serta Gudskul Ekosistem, Jakarta. Antara karya beliau ialah ‘Lidah Kucing bercabang tiga, anak tikus ditapak tangan, kepala besar otak ...

Malaysian 'CONTEMPORARY ART' Problems by Oshinobi お忍び

Nowadays, almost every fine artists and craftsmen in Malaysia uses the word 'contemporary art' to describe their artworks. Sure, 'contemporary' is a pretty sweet candy, like a fondant topping on top of a regular looking cake, used to attract possible buyers and admirers. Liam Gillick, an influential art critic accused the word for having an excessive usefulness. You can say that it is in the same category as strong words like 'organic' or 'premium'. A marketing ploy. But, what is 'contemporary art' anyway? Why is it becoming such a strong and popular word to advertise almost everything? And why our collective believe that contemporary art is facing many problems in Malaysia? First, let’s have a look at the linguistic meaning of that word.   Artworks made by students of UiTM last year. In your opinion, which is more suitable to be given the classification of ‘contemporary art’? The Confusion in the Meaning of the Word In Oxford Dictionary, ...

You Suck! So You Should Stop Being An Artist by Khairul Ehsani Sapari

Yeah, you heard me. Think I’m joking? Nope. And no, I’m not just trying to get your attention. By the way, if you’re a successful artist, this article isn’t for you. I hate you. Go away. Now move along...… Still here? Alright, let me tell you why you should stop being an artist. Let's address the elephant in the room: as an artist, you suck. You're not exactly selling like nasi lemak. No matter how many paintings, sculptures, or prints you produce, they're just not flying off the walls. The occasional red dot on your artwork's nameplate might have felt like a victory, but let's face it, those moments were few and far between. So, what do you do? You keep pouring money into canvas, paint tubes, and brushes, convincing yourself it's an investment for the future. But in reality, your studio space is slowly turning into a dusty storage unit, filled with unsold creations that seem more like burdens than assets. And we're just talking about those random open-c...