Skip to main content

SEORANG SENIMAN MENGHILANG SELEPAS MEMICIT TELUR KUCING OLEH ZHAFIRIN ZULKIFLI

  

Gambar oleh Amin Morris

“Selain menyiram pokok bunga dan memicit telur kucing, hobi lain saya adalah menonton Youtube,” kata Amin Morris.

Sejak perbualan berkenaan, dua tahun lepas, Amin Morris tiba-tiba menghilang tiada perkhabaran berita sama sekali. Beberapa kawannya bertanyakan hal sama.

Saya mula mengumpul dan mengingat perbualan kami dan boleh jadi, Amin Morris kembali ke kampung halaman, mengerjakan pekerjaan asal, menoreh getah atau memilih kehidupan lama, tidur di dalam kereta Kancil di depan Balai Seni Negara.

Atau lebih malang, Amin Morris mungkin di baham kucing miliknya.

Percakapan Amin Morris sangat lembut, kadangkalanya kedengaran seperti Amin Morris sedang membaca buku teks. Penggunaan ‘saya’, kamu’ sering digunakan.

Amin Morris adalah seorang pelaku seni rupa dan sempat berpameran di merata tempat termasuk di Kedutaan Ipoh serta Gudskul Ekosistem, Jakarta.

Antara karya beliau ialah ‘Lidah Kucing bercabang tiga, anak tikus ditapak tangan, kepala besar otak geliga, tapi kata-kata di yakini jangan’, ‘Rock Kapak Never Dies’, ‘BINTI’, ‘Bukan Menantu Pilihan’ dan ‘Carta Organisasi Cinta Terlarang’.


Rock Kapak Never Dies


Lidah Kucing Bercabang Tiga, Anak Tikus Ditapak Tangan, Kepala Besar Otak Geliga, Tapi Kata-kata Diyakini Jangan

“Hidup saya ini umpama seluar dalam. Ada masa ia di pakai terbalik atau terlupa terus untuk pakai ketika keluar bersiar-siar. Segelintir orang pernah berkata, “Amin tu semua benda tak minat, dia mana buat apa-apa pun,” ujarnya.

Amin Morris kali ini banyak menundukkan kepala berbanding kebiasaan, memandang tepat ke mata, suaranya semakin perlahan hingga sukar untuk didengarkan begitu jelas.

“Tidak mengapa,” sambung Amin Morris.

“Bagi saya, tak semua seluar dalam boleh berkongsi. Awak mungkin suka berkongsi seluar dalam dengan orang lain. Itu terpulang pada awak. Tidak semua orang ingin majoriti. Semua orang buat, kita pun buat semata-mata mahu diterima oleh masyarakat.”

“Dunia ini cantik, tetapi sedikit demi sedikit kita sendiri memusnahkannya,” kata Amin Morris.

Ungkapan ‘Dunia ini cantik, tetapi sedikit demi sedikit kita sendiri memusnahkannya’ itu membuat percakapan kami berhenti seketika kerana Amin Morris kedengaran sangat meragui, kelam, seolah-olah awan hitam bakal menghempap diri.

Bercakap tentang karya Amin Morris, kebanyakkan hasil kerja Amin Morris berbaur ‘bermainmain’, humor, politikal dan tak ubah seperti teka-teki selain menyampaikan khutbah ideologi.

Mengulas ‘BINTI’, Amin Morris menganggap ia sebagai persoalan itu dan ini tentang wang dan wanita.

BINTI

“Kenapa wang sebagai refleksi kepada wanita? Apa hubungkait antara wanita dan wang? Pelbagai soalan demi soalan boleh bermain di minda individu sebagai penonton dengan hanya melihat karya perlaksanaan mudah ini.

“Ia terpulang pada minda individu untuk memikirkan hal negatif mahupun positif setelah merenung jauh karya kali ini.”

Jelas Amin Morris, “Walaupun tidak mempunyai sumber kewangan tetap, tidak memiliki kereta mewah Alphard hitam (hanya berjalan kaki untuk kemana-mana), tidak mempunyai kehidupan sosial yang mewah adalah tidak menjadi masalah gelabah tetek bagi saya.”

“Yang penting bagi saya adalah mesej yang baik bagi santapan masyarakat walaupun 100 tahun akan datang. Kesemua wang saya miliki pada saat itu diletakkan ke dalam bekas kaca bagi perlaksanaan karya BINTI demi keikhlasan berkarya. Bukan berkarya untuk wang.”

Suara Amin Morris masih tenggelam, ada aura-gelap dalam getar suaranya. Tidak seperti selalu, perkataan ‘taik’, ‘malas’, ‘bodoh kome’ keluar dari mulutnya.

Walau bagaimanapun, ketika ditanya soal karyanya bertajuk ‘‘Bukan Menantu Pilihan’ dan ‘Carta Organisasi Cinta Terlarang’, Amin Morris masih mampu bernada berjenaka meskipun, katanya, ia adalah kisah benar.

“Saya ni datang nak meminang anak pakcik ni,” Cerita Amin Morris. “Saya laung sekuat hati di luar pintu rumah jiran saya selang beberapa rumah.”

“Lalu muncullah kelibat lelaki lingkungan 50an bermisai kontot bertemankan kopiah di kepala setelah mendengar laungan saya tadi. Beliau adalah ayah Maimunah (dara pinggitan kampung).”

Katanya, Maimunah gadis berkulit gebu, kalau dicium pipinya pasti berbekas merah-kemerahan. Dari rambut hingga kehujung kaki, Maimunah memang pandai berhias.

Jikalau Maimunah ada Instagram, pasti dia boleh dinobatkan gadis yang boleh buat review produk jenama kecantikan. Tak larilah pendapatan 5 ribu sebulan dengan hanya buat review produk.

“Hah kau nak apa, meminang anak aku?!” tanya lelaki itu tadi dengan nada bengis. Digentel-gentel misainya yang tidak berapa ada itu.”

Ya” jawab saya dengan yakinnya tapi hati didalam kencang bergelora dup-dap-dup-dap berdebor- debor.

“Kerja apa ni?” Tanya lelaki itu tadi bagai memberi sinar harapan kepada saya.

“Saya buat seni pakcik.”

“Lama juga ayah Maimunah mendiamkan diri. Ditenungnya saya atas bawah. Kamu nak tahu ayah Maimunah jawab apa, Zhaf?”

Saya hanya menggelengkan kepala.

“Kau nak bagi anak aku makan krayon ke?” Jawab ayah Maimunah.

“Saya tak banyak bunyi, saya terus berlari meninggalkan rumah Maimumah dan pada saat itu tiada lagi hati saya buat Maimunah,” Kata Amin Morris sambil memandang langit cerah Petaling Jaya.

“Harap Maimunah tahu karya ini saya tujukan khas buat ibubapa serta kaum kerabat Maimunah.”

 

 

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian 'CONTEMPORARY ART' Problems by Oshinobi お忍び

Nowadays, almost every fine artists and craftsmen in Malaysia uses the word 'contemporary art' to describe their artworks. Sure, 'contemporary' is a pretty sweet candy, like a fondant topping on top of a regular looking cake, used to attract possible buyers and admirers. Liam Gillick, an influential art critic accused the word for having an excessive usefulness. You can say that it is in the same category as strong words like 'organic' or 'premium'. A marketing ploy. But, what is 'contemporary art' anyway? Why is it becoming such a strong and popular word to advertise almost everything? And why our collective believe that contemporary art is facing many problems in Malaysia? First, let’s have a look at the linguistic meaning of that word.   Artworks made by students of UiTM last year. In your opinion, which is more suitable to be given the classification of ‘contemporary art’? The Confusion in the Meaning of the Word In Oxford Dictionary, ...

You Suck! So You Should Stop Being An Artist by Khairul Ehsani Sapari

Yeah, you heard me. Think I’m joking? Nope. And no, I’m not just trying to get your attention. By the way, if you’re a successful artist, this article isn’t for you. I hate you. Go away. Now move along...… Still here? Alright, let me tell you why you should stop being an artist. Let's address the elephant in the room: as an artist, you suck. You're not exactly selling like nasi lemak. No matter how many paintings, sculptures, or prints you produce, they're just not flying off the walls. The occasional red dot on your artwork's nameplate might have felt like a victory, but let's face it, those moments were few and far between. So, what do you do? You keep pouring money into canvas, paint tubes, and brushes, convincing yourself it's an investment for the future. But in reality, your studio space is slowly turning into a dusty storage unit, filled with unsold creations that seem more like burdens than assets. And we're just talking about those random open-c...