Skip to main content

Ada Apa Dengan Mea Culpa?


Muka depan Mea Culpa

Amirul Fakir (AF) bukanlah satu nama yang biasa saya lazimi. Membaca penulisan beliau dan ia agak berlainan daripada penulis-penulis kontemporari beliau. Sedikit sejarah ringkas mengenai AF. Amirul Fakir atau nama sebenarnya Amiruddin Bin Hussin merupakan anak jati Ipoh dan dilahirkan pada 8 April 1967. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 10 Jun 2011 (Al-Fatihah). AF merupakan seorang penyair, penulis, penterjemah dan editor bebas.

Mea Culpa, apakah maksud disebalik perkataan ini? Jika dilihat atau dipisahkan kepada dua perkataan, mea bermaksud berasa pening manakala culpa pula diambil daripada bahasa latin yang bermaksud menidakkan atau menyalahkan. Jika dilihat sebagai satu perkataan, mea culpa ialah mengakui akan satu kesalahan. Mea Culpa merupakan senaskhah buku nukilan Allahyarham Amirul Fakir yang menampilkan 13 buah cerpen yang hanya senipis 85 halaman. Ia bukanlah senaskhah buku yang mudah untuk dihadami, kerana ia punya unsur absurd yang tebal dan simbolisme.

Jika dilihat kepada setiap hasil nukilan beliau, dapat saya lihat bahawa bentuk penulisan AF bersifat tidak mengikut kelaziman sesebuah cerpen. Garapan beliau dipenuhi dengan lenggang-lenggok bahasa yang indah, berasaskan penggunaan kosakata dan tatabahasa yang jelas. Garapan beliau yang seolah-olah cuba untuk merevolusikan bentuk dan teknik penulisan cerpen. Berbalik kepada makna mea culpa iaitu mengakui akan sesuatu kesalahan, dapat dilihat pada penulisan beliau seolah-olah AF dibelenggu oleh sesuatu – mungkin rasa serba salah yang membebankan atau suatu ketegangan. Dan hal ini jelas kelihatan dalam hampir kesemua cerpen beli au – NOL, R-A-N-T-A-I, PIDANA.

Gaya dan lenggok bahasa yang digunapakai oleh AF bersifat di luar kebiasaan. Membaca Mea Culpa mengenalkan saya dengan perkataan-perkataan seperti merogoh, sopir (supir), sano, sigap dan surup; antara yang membuatkan Kamus Dewan Bahasa sentiasa berada berdekatan saya. Dapat saya lihat ada semacam satu corak dalam penulisan AF yang mana kebanyakan cerpennya mengenai aku dan suasana misteri. Seperti dalam cerpen pertama iaitu NOL yang membawa pembaca ke sebuah tempat misteri – dewan di satu kawasan yang tidak diketahui akan kewujudannya. Watak aku dalam NOL merupakan seorang ternama yang bijak dan sering diundang ke majlis-majlis untuk memberikan syarahan dan pidato. Aku sangat berbangga diri kerana penampilan dan status serta pernah diberikan penghargaan oleh negara.

“…suatu undangan tanpa sebarang sambutan dan keriuhan sedangkan dengan status dan ketrampilannya selama ini, dia bukan sahaja disanjung malah dinobatkan sebagai satu asset yang amat berbobot kepada negara!”

Seterusnya elemen misteri yang disampaikan oleh AF diolah dengan kemas dan mewujudkan suasana tegang.

“Sayup-sayup, kuping Sang Wadun menangkap sesuatu. Dia tergegau seketika. Bergeming di hadapan cermin untuk beberapa saat…”

Dapat dilihat dalam setiap cerpen yang disampaikan oleh AF diadun dengan nuansa tegang, misteri dan mendebarkan. Setiap plot ceritanya digarap dengan kemas dan meyakinkan pembaca (seperti yang saya rasai) seolah-olah pembaca sedang mengalami atau merasai suasana itu. Cerpennya punya misteri yang sangat mengghairahkan dan mengasyikkan, seolah-olah saya sedang menikmati candu saat membacanya.

HIJAB membawa pembaca mendalami perasaan dia yang sentiasa dirudung perasaan serba salah dan kebingungan kerna telah melakukan satu kesalahan yakni meminum benda haram yang dilarang ILAHI. Dia seringkali gelabah dek kerana keterlanjurannya mendampingi minuman tersebut.

“Hatinya dirongrong resah yang tidak keruan. Kotak fikirnya berputar ligat dan dia teringat peristiwa semalam yang membuatnya kalap.”

Dia sentiasa diganggu dengan keraguan, malahan saat berwuduk dan ingin bersembahyang juga tidak terlepas. Fikirannya terganggu dengan kesilapan yang dilakukannya dan ketenangan diri seolah direnggut. Hal ini terjadi atas kerna dia melanggar fitrah kejadian-NYA. Jika dihayati, HIJAB membawa kita bermain dengan paradigma perasaan; perasaan bersalah, rasa berdosa, bingung dan ragu ditonjolkan oleh dia. AF bijak bermain dengan penanya. Dia menulis dan membuatkan pembaca melihat perasaan-perasaan ini lebih utama daripada perbuatan meminum minuman keras. Kesan daripada perbuatan kita itu yang lebih utama.

MEA CULPA ini agak berbeza dengan cerpen-cerpen yang kebiasaannya berada di pasaran. AF membawa kita meneliti karya-karya yang bersifat absurd atau surreal di mana watak utama bukanlah dia, aku dan lain-lain, sebaliknya perasaan atau emosi yang disampaikan itu sebagai galang gantinya. Bagaimana rasa itu menjadi pemboleh ubah dalam pembawaan cerpen beliau. Tanpa ada rasa tersebut, semuanya kaku, seolah-olah membaca tanpa ada erti. Konflik yang diterapkan dalam setiap cerpen yang melibatkan krisis. Krisis-krisis ini mewujudkan suatu ‘peperangan’ dalam diri antara yang “baik” dengan “jahat”, “positif” dengan “negatif” dan “ya” dengan “tidak”. Pengisian ini berlawan dalam sebuah kitaran kehidupan. Ianya suatu kontradiksi dan jika dilihat dari satu sisi, ianya saling memerlukan ibarat Ying dan Yang.

Keistimewaan cerpen-cerpen nukilah Amirul Fakir selain garapan dalam gaya dan lenggok bahasa yang begitu indah, kemas dan bermakna dengan menggunakan bahasa Melayu klasik, sudah tentu tema yang dibawakan beliau. Cerpen-cerpennya bersifat absurd dan surreal. Saat membacanya, fikiran saya menerawang seolah-olah melihat seorang seniman menghasilkan sebuah karya catan. Setiap patah kata umpama satu sapuan berus. Latar yang digunakan seperti warna yang diletakkan atas permukaan kanvas. Warna ditindan dan dicampur menjadikan satu warna baharu yang matang. Begitu juga penulisan beliau. Elemen-elemen seperti gaya dan lenggok bahasa, latar masa dan tempat, ide-ide dan maknanya menjadikan cerpen beliau kukuh dan padu. Ibarat sebuah catan yang menarik, ianya perlu sokongan daripada rupa dan jiwa. Rupa ialah bentukan cerpen tersebut dan jiwa pula elemen-elemen yang disebut tadi. Maka lahirlah sebuah karya yang membanggakan.

Comments

Popular posts from this blog

SEORANG SENIMAN MENGHILANG SELEPAS MEMICIT TELUR KUCING OLEH ZHAFIRIN ZULKIFLI

    Gambar oleh Amin Morris “Selain menyiram pokok bunga dan memicit telur kucing, hobi lain saya adalah menonton Youtube,” kata Amin Morris. Sejak perbualan berkenaan, dua tahun lepas, Amin Morris tiba-tiba menghilang tiada perkhabaran berita sama sekali. Beberapa kawannya bertanyakan hal sama. Saya mula mengumpul dan mengingat perbualan kami dan boleh jadi, Amin Morris kembali ke kampung halaman, mengerjakan pekerjaan asal, menoreh getah atau memilih kehidupan lama, tidur di dalam kereta Kancil di depan Balai Seni Negara. Atau lebih malang, Amin Morris mungkin di baham kucing miliknya. Percakapan Amin Morris sangat lembut, kadangkalanya kedengaran seperti Amin Morris sedang membaca buku teks. Penggunaan ‘saya’, kamu’ sering digunakan. Amin Morris adalah seorang pelaku seni rupa dan sempat berpameran di merata tempat termasuk di Kedutaan Ipoh serta Gudskul Ekosistem, Jakarta. Antara karya beliau ialah ‘Lidah Kucing bercabang tiga, anak tikus ditapak tangan, kepala besar otak ...

Malaysian 'CONTEMPORARY ART' Problems by Oshinobi お忍び

Nowadays, almost every fine artists and craftsmen in Malaysia uses the word 'contemporary art' to describe their artworks. Sure, 'contemporary' is a pretty sweet candy, like a fondant topping on top of a regular looking cake, used to attract possible buyers and admirers. Liam Gillick, an influential art critic accused the word for having an excessive usefulness. You can say that it is in the same category as strong words like 'organic' or 'premium'. A marketing ploy. But, what is 'contemporary art' anyway? Why is it becoming such a strong and popular word to advertise almost everything? And why our collective believe that contemporary art is facing many problems in Malaysia? First, let’s have a look at the linguistic meaning of that word.   Artworks made by students of UiTM last year. In your opinion, which is more suitable to be given the classification of ‘contemporary art’? The Confusion in the Meaning of the Word In Oxford Dictionary, ...

You Suck! So You Should Stop Being An Artist by Khairul Ehsani Sapari

Yeah, you heard me. Think I’m joking? Nope. And no, I’m not just trying to get your attention. By the way, if you’re a successful artist, this article isn’t for you. I hate you. Go away. Now move along...… Still here? Alright, let me tell you why you should stop being an artist. Let's address the elephant in the room: as an artist, you suck. You're not exactly selling like nasi lemak. No matter how many paintings, sculptures, or prints you produce, they're just not flying off the walls. The occasional red dot on your artwork's nameplate might have felt like a victory, but let's face it, those moments were few and far between. So, what do you do? You keep pouring money into canvas, paint tubes, and brushes, convincing yourself it's an investment for the future. But in reality, your studio space is slowly turning into a dusty storage unit, filled with unsold creations that seem more like burdens than assets. And we're just talking about those random open-c...