Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2023

Ada Apa Dengan Mea Culpa?

Muka depan Mea Culpa Amirul Fakir (AF) bukanlah satu nama yang biasa saya lazimi. Membaca penulisan beliau dan ia agak berlainan daripada penulis-penulis kontemporari beliau. Sedikit sejarah ringkas mengenai AF . Amirul Fakir atau nama sebenarnya Amiruddin Bin Hussin merupakan anak jati Ipoh dan dilahirkan pada 8 April 1967. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 10 Jun 2011 (Al-Fatihah). AF merupakan seorang penyair, penulis, penterjemah dan editor bebas. Mea Culpa , apakah maksud disebalik perkataan ini? Jika dilihat atau dipisahkan kepada dua perkataan, mea bermaksud berasa pening manakala culpa pula diambil daripada bahasa latin yang bermaksud menidakkan atau menyalahkan. Jika dilihat sebagai satu perkataan, mea culpa ialah mengakui akan satu kesalahan. Mea Culpa merupakan senaskhah buku nukilan Allahyarham Amirul Fakir yang menampilkan 13 buah cerpen yang hanya senipis 85 halaman. Ia bukanlah senaskhah buku yang mudah untuk dihadami, kerana ia punya unsur absurd yang teba...

Sembang Santai: Fadly Sabran

Dalam satu pertemuan di Google Meet baru-baru ini, saya bertanya kepada Fadly Sabran kenapa beliau memilih untuk mendirikan Kapallorek Art Space; sebuah ruang alternatif di Seri Iskandar, Perak yang jauh dari Kuala Lumpur yang merupakan pusat komersial dan kegiatan seni budaya di Malaysia. “Kenapa tidak?” jawabnya ringkas. “Lagi pula, ekosistem seni di Seri Iskandar hampir lengkap – kita punya artis, akademik, institusi seni. Cuma yang kurang ialah ruang galeri. Makanya Kapallorek melengkapkan ekosistem itu,” tambahnya. Fadly Sabran merupakan seorang artis media baharu, pengkaji dan pensyarah dari Jabatan Seni Halus, Universiti Teknologi (MARA) Perak. Beliau merupakan pemegang Diploma Seni Halus dan Ijazah Sarjana Muda Seni Halus dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Ijazah Seni Visual & Seni Reka, Universiti Sains Malaysia (USM). Praktis kesenian Fadly lebih menjurus kepada seni media baharu dan beliau telah terlibat lebih sedekad dalam pelbagai pameran berkumpulan di ...