Skip to main content

Sembang Santai: Fadly Sabran

Dalam satu pertemuan di Google Meet baru-baru ini, saya bertanya kepada Fadly Sabran kenapa beliau memilih untuk mendirikan Kapallorek Art Space; sebuah ruang alternatif di Seri Iskandar, Perak yang jauh dari Kuala Lumpur yang merupakan pusat komersial dan kegiatan seni budaya di Malaysia.

“Kenapa tidak?” jawabnya ringkas.

“Lagi pula, ekosistem seni di Seri Iskandar hampir lengkap – kita punya artis, akademik, institusi seni. Cuma yang kurang ialah ruang galeri. Makanya Kapallorek melengkapkan ekosistem itu,” tambahnya.

Fadly Sabran merupakan seorang artis media baharu, pengkaji dan pensyarah dari Jabatan Seni Halus, Universiti Teknologi (MARA) Perak. Beliau merupakan pemegang Diploma Seni Halus dan Ijazah Sarjana Muda Seni Halus dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Ijazah Seni Visual & Seni Reka, Universiti Sains Malaysia (USM).

Praktis kesenian Fadly lebih menjurus kepada seni media baharu dan beliau telah terlibat lebih sedekad dalam pelbagai pameran berkumpulan di dalam dan di luar negara. Karya-karya beliau menggabungkan seni dan teknologi antaranya catan, video, bunyi, cahaya, kinetik dan instalasi.

Dewasa kini, Fadly aktif sebagai penganjur dan kurator bagi pameran-pameran eksperimental yang diadakan di Kapallorek Art Space sejak 2014. Beliau juga merupakan pengasas dan pengarah bagi ruang seni alternatif ini.

Dalam temu bual ini, beliau menjelaskan tentang transisi beliau daripada seorang artis kepada penganjur dan kurator, hala tuju Kapallorek Art Space dan fungsi ruang seni kepada komuniti setempat.


Self-Portrait, Gambar oleh Fadly Sabran

Amir Amin (AA): Fadly Sabran merupakan satu jenama yang sinonim dengan karya-karya eksperimental dan media baharu. Bagaimana transisi daripada seorang artis menjadi penganjur pameran dan seterusnya kurator?

Fadly Sabran (FS): Ia tidak dirancang. Ia bermula bila saya pulang ke Seri Iskandar dari Shah Alam. Saya dapati yang Seri Iskandar tiada satu ruang seni. Ia agak pelik kerana kita (Seri Iskandar) ada ramai seniman-seniman sohor seperti Encik Paiman (Azizan Rahman Paiman), Encik Izzadin (Izzadin Matrahah), Encik Daud (Daud Rahim) dan ramai lagi, kita juga ada institusi seni (UiTM) dan pelajar seni. Ekosistem sudah wujud cumanya kita tiada sebuah ruang.

Saya bermula dengan idea untuk menubuhkan sebuah studio, namun ia berubah dari situ menjadi sebuah ruang seni yang fokus asasnya kepada komuniti setempat. Kami bermula di tingkat satu, bangunan kedai di SIBC, Seri Iskandar. Idea ini terbentuk dek kerana pengalaman saya semasa berada di Jogjakarta, di mana para artis memainkan peranan dengan membuka ruang-ruang seni sekaligus merakyatkan seni dan membantu kepada perkembangan sesebuah komuniti itu.

AA: Bagaimana bermula kerjaya seni dan pembahagian masa antara menjadi seorang pensyarah, artis dan galeris?

FS: Kerja hakiki saya ialah mengajar (pensyarah) dan karya merupakan satu perkara wajib untuk saya buat dan sebagai galeris, ia merupakan minat dan passion saya sekarang. Ruang galeri itu merupakan pendorong untuk saya terus bekerja. Selagi ruang galeri itu penting untuk komuniti, selagi itu saya akan terus berusaha untuk menjayakan.

AA: Dalam mengurasikan sesebuah pameran, seorang kurator itu perlu mempunyai strategi yang fleksibel. Setiap pameran itu unik dan tidak akan menjadi sama seperti pameran yang lain. Adakah anda bersetuju dengan kenyataan oleh Hans Ulrich Obrist ini? Dan bagaimana kenyataan ni dengan Kapallorek Art Space?

FS: Saya sangat bersetuju dengan kenyataan Hans Ulrich Obrist itu. Pada saya kurator merupakan seorang penganjak atau penggerak kepada sesuatu komuniti. Kurator itu tidak stagnant sebaliknya fleksibel dan berkembang. Seorang kurator yang kritikal, akan melihat sejarah dan akan memikirkan apa yang boleh diperbaiki dan diperluaskan lagi selain daripada memikirkan apa yang akan dibuat di masa depan.

Seperti di Kapallorek, saya cuba untuk memfokuskan kepada karya media baharu. Bagaimana perbezaan karya itu pada dekad 90-an dan sekarang? Seorang kurator perlu melihat sejarah dan bagaimana beliau untuk menyambut dan meneruskan apa yang telah diadakan. Kurator perlu melihat apa yang berlaku dalam konteks semasa dan setempat.

AA: Bagaimana Kapallorek Art Space itu bermula? Kenapa perlu Kapallorek Art Space itu berada di Seri Iskandar?

FS: Kapallorek Art Space itu wujud sebagai satu ruang alternatif dan platform kepada artis-artis yang menghasilkan karya-karya eksperimental dan media baharu yang kurang mendapatkan tempat dalam ruang-ruang komersial lain. Ia memberikan ruang dan peluang untuk artis-artis begini mempamerkan karya-karya mereka.

Kenapa di Seri Iskandar? Kenapa tidak? (ketawa) Salah satu faktor utama ialah kerana saya sendiri menetap di Seri Iskandar dan ia memudahkan untuk saya menguruskan ruang ini. Apabila ditubuhkan di sini, saya lebih memahami ruang persekitaran saya dan ekosistem. Agak janggal jika saya menetap dan bekerja di Seri Iskandar untuk menguruskan sebuah ruang seni di Ipoh kan? (ketawa). Sebab nak uruskan sesuatu ruang tu perlukan fokus yang tinggi selain daripada pengorbanan yang banyak. Jika dibuat di tempat selain daripada tempat saya menetap, boleh, tapi agak sukar untuk saya uruskan.

Selain daripada itu, ekosistem seni di Seri Iskandar hampir lengkap – kita punya artis, akademik, institusi seni. Apa yang kurang ialah ruang galeri. Makanya Kapallorek melengkapkan ekosistem itu.

Seni itu boleh berada di mana-mana sahaja. Jika kita lihat, ruang-ruang seni dah mula bercambah di pelbagai tempat seperti di Ipoh, Lumut, Sri Iskandar (Perak), dan negeri-negeri lain. Ia tidak lagi tertumpu kepada Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

Bila ruang-ruang seni bercambah di merata tempat, kita boleh melihat konteks setempat dengan lebih mendalam. Dan komuniti-komuniti setempat berkembang dengan lebih pesat.

Kapallorek Art Space & Kopi Mesin, Gambar oleh Kapallorek Art Space

AA: Rata-rata graduan, akan memilih untuk memulakan kerjaya seni mereka di Kuala Lumpur (Lembah Klang). Bagaimana dengan cara anda memilih artis-artis muda untuk pameran di Kapallorek Art Space? Adakah anda memilih artis-artis muda dari UiTM Seri Iskandar?

FS: Kapallorek Art Space fungsinya menyokong artis-artis muda tanpa mengira dari demografik mana. Kami menerima artis-artis daripada semua institusi. Kami melihat Kapallorek sebagai sebuah platform untuk artis-artis muda, bahkan juga untuk kurator-kurator muda. Antaranya seperti Amir Amin; kurator BendAsing oleh Bukan Seni-Man dan Yasmin Bawadi; kurator untuk pameran ANTARA. Kalau dilihat, tak semua galeri-galeri (komersial) memberikan peluang kepada kurator-kurator muda, jadi kami nampak kelompongan tersebut dan kami fikir, di situlah kami boleh untuk membantu kurator-kurator muda ini.

Bercakap tentang pameran ANTARA, ia merupakan idea yang telah lama kami fikirkan sejak awal penubuhan Kapallorek. Untuk pameran kali ini, kami memilih Yasmin Bawadi sebagai kurator. Antara tugas-tugas beliau adalah memilih artis-artis, menghasilkan kerangka kuratorial dan juga mengurasikan pameran ini.  Kami turut melihat pameran ANTARA seperti Platform untuk Galeri Chandan, Young & New untuk HOM Art Trans yang memfokuskan kepada artis-artis muda dan meningkat naik.

Poster Pameran ANTARA, Gambar oleh Kapallorek Art Space

AA: Kalau kita lihat pameran-pameran yang pernah di adakan di Kapallorek sejak tahun 2015 seperti Orakruang, Bukan-Bukan, OHM: The Resistance, BendAsing oleh Bukan Seni-Man, Ulang-Ulang, Behind the Veils dan Antara, merupakan pameran yang eksperimental. Adakah itu jenis-jenis pameran yang difokuskan oleh Kapallorek?  

FS: (Mengangguk) Ya, Kapallorek memfokuskan kepada pameran-pameran eksperimental, tapi ia juga merupakan ruang neutral, kami tetap akan mengadakan pameran-pameran karya-karya biasa untuk khalayak peminat seni terutama yang baharu.

Poster Pameran BendAsing oleh Bukan Seni-Man, Gambar oleh Kapallorek Art Space

Poster Pameran Bukan-Bukan; Hawari Berahim Solo Exhibition, Gambar oleh Kapallorek Art Space

AA: Bagaimanakah penerimaan komuniti seni dan setempat dengan Kapallorek?

FS: Setelah dibuka hampir 7 tahun dari tahun 2014, kami telah mempunyai dua ruang. Ruang pertama dari tahun 2014 hingga 2020 di tingkat 1 rumah kedai di SIBC dan tahun 2021, kami mempunyai ruang sendiri di Lot 46, Persiaran Iskandar Perdana 19. Di ruang baharu ini, kami telah berkolaborasi bersama Kopi Mesin, yang merupakan ruang kafe yang berada di tingkat G dan Kapallorek di tingkat 1.

Semasa di ruang pertama, rata-rata yang hadir merupakan rakan-rakan artis dan komuniti seni. Ada juga orang awam yang hadir tapi jumlahnya tidak ramai. Namun bila kami membuka pintu di ruang baharu ini, lebih ramai komuniti setempat mulai hadir. Rata-rata mereka hadir untuk menikmati kopi di Kopi Mesin dan kemudiannya mereka akan naik ke atas untuk menikmati seni. Kiranya mereka yang hadir ke sini, boleh menikmati kopi yang lazat di Kopi Mesin dan kemudiannya menikmati karya-karya seni kontemporari Malaysia.

Pameran Siri Catan Hembusan Angin oleh Zainon Abdullah di Kopi Mesin, Gambar oleh Kapallorek Art Space

Pameran Siri Catan Hembusan Angin oleh Zainon Abdullah di Kopi Mesin, Gambar oleh Kapallorek Art Space

Pada saya, sesebuah galeri dan ruang seni itu merupakan satu ruang awam. Ia tidak boleh bersifat ekslusif sebaliknya perlu inklusif. Apabila ia inklusif, lebih ramai orang akan hadir dan menikmatinya. Dan daripada pengamatan saya, apresiasi masyarakat setempat terhadap seni terutamanya media baharu sangat mengagumkan. Mereka menunjukkan minat yang mendalam dan ia sangat menyeronokkan bagi saya sebagai seorang artis media baharu dan galeris.

Pameran ATAS GARIS, Gambar oleh Kapallorek Art Space

Pameran ANTARA, Gambar oleh Kapallorek Art Space

Pameran ANTARA, Gambar oleh Kapallorek Art Space

Pameran ANTARA, Gambar oleh Kapallorek Art Space

AA: Sebelum kita berpisah, mungkin Encik Fadly boleh berikan sedikit kata-kata penutup?

FS: Kalau datang ke Perak, mohle yeop singgah ke Kapallorek Art Space. Boleh juga ikuti kami di media sosial Kapallorek Art Space dan terus menyokong seni rupa Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

SEORANG SENIMAN MENGHILANG SELEPAS MEMICIT TELUR KUCING OLEH ZHAFIRIN ZULKIFLI

    Gambar oleh Amin Morris “Selain menyiram pokok bunga dan memicit telur kucing, hobi lain saya adalah menonton Youtube,” kata Amin Morris. Sejak perbualan berkenaan, dua tahun lepas, Amin Morris tiba-tiba menghilang tiada perkhabaran berita sama sekali. Beberapa kawannya bertanyakan hal sama. Saya mula mengumpul dan mengingat perbualan kami dan boleh jadi, Amin Morris kembali ke kampung halaman, mengerjakan pekerjaan asal, menoreh getah atau memilih kehidupan lama, tidur di dalam kereta Kancil di depan Balai Seni Negara. Atau lebih malang, Amin Morris mungkin di baham kucing miliknya. Percakapan Amin Morris sangat lembut, kadangkalanya kedengaran seperti Amin Morris sedang membaca buku teks. Penggunaan ‘saya’, kamu’ sering digunakan. Amin Morris adalah seorang pelaku seni rupa dan sempat berpameran di merata tempat termasuk di Kedutaan Ipoh serta Gudskul Ekosistem, Jakarta. Antara karya beliau ialah ‘Lidah Kucing bercabang tiga, anak tikus ditapak tangan, kepala besar otak ...

Malaysian 'CONTEMPORARY ART' Problems by Oshinobi お忍び

Nowadays, almost every fine artists and craftsmen in Malaysia uses the word 'contemporary art' to describe their artworks. Sure, 'contemporary' is a pretty sweet candy, like a fondant topping on top of a regular looking cake, used to attract possible buyers and admirers. Liam Gillick, an influential art critic accused the word for having an excessive usefulness. You can say that it is in the same category as strong words like 'organic' or 'premium'. A marketing ploy. But, what is 'contemporary art' anyway? Why is it becoming such a strong and popular word to advertise almost everything? And why our collective believe that contemporary art is facing many problems in Malaysia? First, let’s have a look at the linguistic meaning of that word.   Artworks made by students of UiTM last year. In your opinion, which is more suitable to be given the classification of ‘contemporary art’? The Confusion in the Meaning of the Word In Oxford Dictionary, ...

You Suck! So You Should Stop Being An Artist by Khairul Ehsani Sapari

Yeah, you heard me. Think I’m joking? Nope. And no, I’m not just trying to get your attention. By the way, if you’re a successful artist, this article isn’t for you. I hate you. Go away. Now move along...… Still here? Alright, let me tell you why you should stop being an artist. Let's address the elephant in the room: as an artist, you suck. You're not exactly selling like nasi lemak. No matter how many paintings, sculptures, or prints you produce, they're just not flying off the walls. The occasional red dot on your artwork's nameplate might have felt like a victory, but let's face it, those moments were few and far between. So, what do you do? You keep pouring money into canvas, paint tubes, and brushes, convincing yourself it's an investment for the future. But in reality, your studio space is slowly turning into a dusty storage unit, filled with unsold creations that seem more like burdens than assets. And we're just talking about those random open-c...