Skip to main content

SENI: SUATU PERMASALAHAN DEFINISI YANG MERAGUKAN Oleh Khairani Ahmad Zaquan



Situasi  

Dua orang pengkarya sedang menghasilkan karya mereka. Pengkarya A dengan skill hyper-realistnya sedang beraksi didepan kanvasnya manakala pengkarya B pula sedang sibuk menelaah buku-buku kritikal untuk mendapatkan idea untuk karyanya. Setelah hampir dua minggu, kanvas pengkarya A sudah mula dipenuhi dengan gambaran pemandangan hutan yang sangat halus sapuan berusnya tetapi pengkarya B masih lagi duduk menghadap buku-bukunya sibuk memerah otak bagi mencari idea untuk karyanya. Ketika tarikh dateline sudah tiba, pengkarya A selesai menyiapkan karya permandangannya manakala pengkarya B pula membuat keputusan bahawa karyanya hanya sekadar segumpal kertas yang direnyuk sahaja. Wujud persoalan disini “karya yang manakah boleh diangkat sebagai karya agung?”. Jika diperhatikan secara kasar pengkarya A memerah keringat fizikalnya untuk menyiapkan karya beliau manakala pengkarya B hanya sekadar duduk membaca dan mengambil kertas kemudiannya dironyokkan dan terus menyatakan bahawa kertas tersebut adalah karyanya.

 

Penyelesaian

Cara buta tuli

Tengok Karya Pengkarya A
“Wow, detailnya karya ni, tak dapat nak bezakan mana satu foto dan mana satu lukisan”.

Tengok Karya Pengkarya B
“Ini je karya kau? Ini adik aku pun boleh buat”.

Cara modenis

Tengok Karya Pengkarya A
“Karya yang sangat hebat. Sapuan berusnya yang teliti serta campuran warna yang matang membuatkan kualiti bentuk dan garisan didalam lukisan permandangan ini sangat cantik”.

Tengok Karya Pengkarya B
“Apa ini? Saya tak faham karya awak, kalau audien datang tengok karya ini mesti dia tak dapat baca apa yang tersirat dalam karya ini”.

Cara pelacur seni

Tengok Karya Pengkarya A
“Cun, boleh jual. Letak harga 10k keatas sebab you artist!”.

Tengok Karya Pengkarya B
“DANGKAL! Semua ini DANGKAL! DANGKAL! DANGKAL!”.

Cara manusia yang mempunyai otak bersaiz fetus semut

Tengok Karya Pengkarya A
“Ni lukisan ke foto ni? Penipu je ni semua”.

Tengok Karya Pengkarya B
“Siapa yang buang sampah kat sini?”.

 

Kesimpulannya disini ialah tiada istilah high art atau low art yang wujud. Kuasa bagi menentukan status karya itu adalah terletak pada audien yang datang memerhati. Jika dilihat kembali seperti metod yang diajar dalam teori Feldman, langkah terakhir sekali didalam teori ini adalah judgement dimana audien sendiri yang menentukan samaada karya itu berjaya atau tidak. Situasi diatas berlaku kerana kini wujud bermacam jenis –ism dalam seni itu sendiri dan persoalaan ini pernah diutarakan oleh Arthur Danto, “bagaimanakah hendak membezakan antara karya dengan bukan karya?”. Ini kerana ada sesetengah karya hanya mengambil objek-objek harian sebagai material utama dalam karya mereka dan mereka hanya melakukan sedikit modifikasi dan terus mengangkatnya sebagai sebuah karya. Bagi pendapat saya ini bukanlah satu jalan pintas untuk pengkarya tersebut menghasilkan karya tetapi ini menunjukkan bahawa pengkarya itu sudah matang dalam berkarya kerana lebih mementingkan idea daripada teknikal dan pemilihan material itu sendiri selaras dengan era pascamoden kini. Saya juga tidak menyatakan pengkarya A sudah lapuk atau ketinggalan zaman kerana jika ditafsir definisi seni secara amnya ia masih membawa maksud halus, cantik dan indah. Apa yang saya cuba sampaikan disini adalah pengkarya berhak melakukan apa sahaja teknik, stail atau gaya dalam karya mereka tetapi penilaian atau kritikan yang dilakukan oleh audien atau pengkarya lain yang melihat karya tersebut perlulah matang kerana walaupun karya tersebut hanyalah sekadar segumpal kertas tetapi adakah terdetik walau sedikit didalam hati kita sebagai audien untuk berfikir sejenak “apa yang cuba disampaikan oleh pengkarya terbabit?” “kenapakah karya ini hanya sekadar segumpal kertas?” “adakah karya ini berjaya dalam menyampaikan mesejnya?”. Jika persoalan-persoalan ini timbul dalam diri kita, ini bermakna pengkarya itu sudah berjaya melahirkan masyarakat yang sudah mula berfikir secara kritis dan kreatif kerana tidak menilai karya hanya sekadar nilai kebendaan diluaran tetapi menilai dari sudut kebenaran yang tersirat didalamnya.


* Artikel ini pada asalnya ditulis dan diterbitkan dalam #ProjekZineSENI isu 1 pada tahun 2014

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian 'CONTEMPORARY ART' Problems by Oshinobi お忍び

Nowadays, almost every fine artists and craftsmen in Malaysia uses the word 'contemporary art' to describe their artworks. Sure, 'contemporary' is a pretty sweet candy, like a fondant topping on top of a regular looking cake, used to attract possible buyers and admirers. Liam Gillick, an influential art critic accused the word for having an excessive usefulness. You can say that it is in the same category as strong words like 'organic' or 'premium'. A marketing ploy. But, what is 'contemporary art' anyway? Why is it becoming such a strong and popular word to advertise almost everything? And why our collective believe that contemporary art is facing many problems in Malaysia? First, let’s have a look at the linguistic meaning of that word.   Artworks made by students of UiTM last year. In your opinion, which is more suitable to be given the classification of ‘contemporary art’? The Confusion in the Meaning of the Word In Oxford Dictionary, ...

You Suck! So You Should Stop Being An Artist by Khairul Ehsani Sapari

Yeah, you heard me. Think I’m joking? Nope. And no, I’m not just trying to get your attention. By the way, if you’re a successful artist, this article isn’t for you. I hate you. Go away. Now move along...… Still here? Alright, let me tell you why you should stop being an artist. Let's address the elephant in the room: as an artist, you suck. You're not exactly selling like nasi lemak. No matter how many paintings, sculptures, or prints you produce, they're just not flying off the walls. The occasional red dot on your artwork's nameplate might have felt like a victory, but let's face it, those moments were few and far between. So, what do you do? You keep pouring money into canvas, paint tubes, and brushes, convincing yourself it's an investment for the future. But in reality, your studio space is slowly turning into a dusty storage unit, filled with unsold creations that seem more like burdens than assets. And we're just talking about those random open-c...

Beyond the White Walls: The Palette Project and the Art of Process by Amir Amin

Truth be told, I miss visiting exhibitions that break away from the conventional format of paintings neatly hung on white walls. I have always been intrigued by the idea of showcasing the artist’s materials, processes, and workspace—the very essence of creation that often goes unseen. In fact, my own thesis focused more on the artist as a person rather than just the artworks they produce. So, when Danielle Lin, the curator of The Palette Project , approached me with this concept, I was both excited and thrilled. This exhibition isn’t just another display of finished masterpieces; it’s an invitation to step into the artist’s world. While this isn’t the first exhibition of its kind—one that comes to mind is the Hoessain Enas studio installation at Galeri Ilham—it is still a rarity in the Malaysian art scene. The fact that a young curator like Danielle is championing such an idea deserves recognition. Danielle Lin; the curator of The Palette Project I may be biased, as I am one of the 55 ...