All the artworks in my collection would be meaningless if they were kept in my storeroom and not shared. The collection needs a permanent home to be viewed and enjoyed by the public and utilized as research materials for art students and curators . Kenyataan oleh Almarhum Rahime Harun mengenai koleksi seni beliau. Benar bahawa jika sesuatu koleksi itu dibiarkan disimpan tanpa dipertontonkan untuk generasi akan datang secara tidak langsung agak counterproductive dalam perkembangan seni rupa Malaysia. Koleksi-koleksi seni ini seharusnya dipertontonkan kepada khalayak ramai selain menjadi bahan rujukan untuk tujuan pengajian buat para pelajar seni, pensyarah dan kurator. Kebanyakan kolektor seni seni jarang sekali untuk menayangkan koleksi-koleksi mereka. Rata-rata mereka agak malu-malu untuk mempamerkan semula karya dalam koleksi. Mereka lebih selesa untuk berkongsi karya-karya mereka kepada sekumpulan kecil khalayak yang kebiasaannya terdiri daripada kalangan sanak-saudar...