Bunga Rampai Kuratorial Bahagian 3
Latar
Lebih kurang belas tahun dahulu semasa mengurasikan pameran khas koleksi tetap bertajuk ABC - Antara Bahan Campuran bersama rakan saya Jazmi, kami menyiapkan index bahan campuran dari A - ‘Arang’ hingga Z- ‘Zink’ (sayangnya tiada penerbitan untuk pameran ini, akui kelemahan saya).
Sakit Misteri
Saya berbual dengan pelukis Suhaimi Fadzil dia bertanyakan berbagai perkara hinggakan membawakan kepada penyakit misteri dikalangan pelukis.
Penyakit yang tidak diketahui punca (itu dulu, sekarang bidang medikal lebih maju, perawat pun semakin advance).
Ia terus membawa ingatan saya pada kenangan semasa di India semasa mengikuti kursus Conservation di National Research Laboratory for Conservation of Cultural Property, Lucknow.
Iqra - Bacalah (label)
Saya kagum dengan rakan-rakan sekursus dari India, mereka graduan dari Universiti Baroda, Maharashta dan akademi seni dari Benggal, Kannada, Delhi, Andra Pradesh dan Tamil Nadu serta rakan dari Bhutan dan Dhaka.
Mereka ini sudah begitu fasih memahami kandungan bahan yang dicatatkan di label tiub pigmen dan warna lain, termasuk properti kimia pada bahan tersebut serta bahayanya.
1998–1999 saya di India, kemudian 2011–2013 saya di UK dengan pengajian yang lebih mendalam dalam bidang ini, dan saya didedahkan dengan MSDS(Material Safety Data Sheets) atau SDS(Safety Data Sheets) sekarang ini yang saya telah singgung pada posting bunga rampai bahagian 2.
Bahkan baca label perlu diajar di peringkat sekolah lagi.
Dalam 2015 saya pernah diundang ke sebuah fakulti seni halus di universiti yang ramai rakan saya.
Sedih tetapi saya dapati perkara ini iaitu cakna dengan label dan kandungan serta bahaya bahan tidak pernah dititikberatkan, hinggakan pengendali studio dan bengkel pun tidak membincangkan hal ini.
Perkara ini juga saya dapati berlaku di dalam studio atau bengkel pelukis yang punya nama besar. Dedahan pada bahan larutan menjadi hawa hari-hari, malah pelindung nafas yang mahal pun selepas digunakan DIBIARKAN DALAM BENGKEL untuk dipakai semula esok harinya.
Dipendekkan cerita
Berikut ialah beberapa bahaya bahan dan masalah kesihatan yang biasanya terjadi akibat toksiksiti dan VOC (volatile organic compound) kepada pelukis/seniman seni visual melalui sumber daripada artikel internet JStor dan lain lain.
Tokoh
Tokoh yang saya kagumi dalam bidang ini ialah Prof Emiritus Dr Krishna Gopal Rampal beliau pernah mengajar di UKM, Universiti Cyberjaya dan visiting prof di Kent University UK.
Beliau merupakan seorang pakar dalam bidang public health dan community occupational medicine.
Beliau seorang kolektor seni yang bersama isterinya mengisi masa menjadi pelajar Sarjana Seni Sejarah. Pernah menjadi ahli lembaga Balai Seni Negara pada 2003 dan kini dilantik sekali lagi (2026-2028).
Semasa menyunting pos ini beliau terus memberi rujukan sejarah Bernardino Ramazzini (1633–1714) the Father of Occupational Medicine yang pada tahun 1700 dalam bukunya De Morbis Artificum, penyakit orang bekerja khusunya pelukis iaitu Painters Colic, akibat keracunan kepada pigmen yang mengandungi logam berat dan sistem pengudaraan yang teruk.
Masalah Kesihatan dan Punca
Terutama bagi pelukis, pengarca, printmaker, seniman media baharu, seniman grafiti, mural dan lain-lain.
Asthma (asma pekerjaan & batuk kronik)
Punca
Habuk arang(charcoal).
Grafit/pencil.
Fixative spray.
Masuk perlahan-lahan dalam sistem pernafasan tanpa kita sedar.
Sakit kepala dan pening secara tiba-tiba
Terhidu turpentine, thinner, solvent.
Kebanyakan pengamal seni menganggap ia sebagai stress biasa.
Kulit gatal dan eczema (dermatitis)
Sentuhan cat, resin, bahan kimia.
Kulit menjadi sensitif dan luka kecil berulang.
Gangguan Fokus dan hilang ingatan (jangka panjang)
Pendedahan pelarut organik berterusan brain fog yang ramai tak sedar punca dari studio.
Keracunan logam berat (diam-diam merbahaya)
Pigmen tertentu seperti kadmium, plumbum, kromium
Berkumpul dalam badan bertahun-tahun.
Sakit leher, bahu dan tangan
Duduk melukis terlalu lama tanpa rehat
Risiko artistic injury yang ramai normalisasikan
Fakta yang menakutkan:
Banyak simptom ini bukan datang tiba-tiba sebaliknya ia terkumpul secara perlahan selama bertahun-tahun kemudian ia muncul seolah-olah sakit misteri.
Sama ada anda hasilkan art berat atau biasa-biasa tetapi jangan ambil ringan
Seni bukan lagi sekadar bakat dan kreativiti, ia bukan sahaja mengendalikan bahantara konvensional seperti cat air, cat minyak, akrilik dan lain-lain tetapi juga mengenai seniman yang menggunakan bahan eksperimental, industri dan mixed media lebih perlu berhati-hati dan baca, baca dan baca.
Ia tentang kesedaran bahan dan keselamatan pekerjaan (occupational safety and health).
Amalan ringkat tetapi selamat.
JANGAN
MAKAN MINUM di studio/bengkel/makmal dan sebagainya.
JILAT BERUS (ya, dulu geng water color ramai buat!) sekarang tak kut!
PASTIKAN
Guna mask yang sesuai bila kerja ada larutan, habuk atau fixative spray (ada pelbagai jenis mask untuk kerja-kerja yang berbeza).
Pastikan pengudaraan yang baik, kadang-kadang anda selamat dan terlindung tetapi orang sekeliling anda pula terdedah pada bahaya.
Basuh tangan setiap kali habis kerja.
Amalan Studio Almarhum Ibrahim Hussein (Dato)
Ini mengingatkan saya pada Dato Ibrahim Hussein yang sentiasa pakai pakaian yang putih dan bersih semasa dalam studio melukis dan isteri beliau Datin Sim tidak akan membiarkan lantai studio beliau kotor dengan tumpahan cat (Rujukan terbaru perbualan saya dengan Datin Sim dihadapan rakan kurator dan ahli lembaga 2025).
Kalau anda pelukis, konservator, students seni atau cikgu seni, mohon share post ini supaya lebih ramai sedar risiko yang tak diajar di kelas. Pensyarah, suruh pelajar pasca graduan anda buat kajian ini kelak wujudkan subjek khas tentang ini.
Amerrudin bin Ahmad
Kuala Lumpur
30/06/2026
*Artikel ini diterbitkan semula daripada penulisan asal Amerrudin Ahmad di Facebook dengan kebenaran penulis. Untuk membaca versi asal, sila layari pautan berikut.
Comments
Post a Comment