Lazimnya, apabila berkarya, rata-rata akan ingat “Oh bila buat artwork je, at the end of the day it will be hang or display on a gallery/exhibition”. Tetapi apabila kita tengok dari sudut ekosistem seni di negara kita ni, berkarya bukan terhad kepada “space sahaja.” Baru-baru ini KL Festival telah berlangsung di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur. Selama 26 hari, festival ini telah berlangsung di 25 lokasi terpilih dengan lebih 80 acara yang menjangkau hingga 700 jam pengisian.
Konsep pemetaan cahaya secara “warung”, dimana “cart” dijanakuasa oleh battery portable untuk menghidupkan projector secara portable.
(Kredit foto: Maisarah)
Antara aktiviti yang menarik seperti Warung Terang iaitu satu konsep baru dimana Filamen, sebuah kolektif new media tempatan yang aktif dalam penghasilan karya berbentuk sebegini. Warung Terang adalah inspirasi di mana pemetaan cahaya dilakukan secara mobile or on the move. Sebuah penerokaan berterusan tentang bagaimana seni digital kontemporari boleh wujud secara bebas di dalam bandar, meninggalkan pemasangan tetap demi format yang menggalakkan lebih banyak interaksi antara orang awam, karya seni, dan artis itu sendiri. Antara kolektif yang terlibat di bawah naungan Filamen antaranya adalah Fonetikar dan Sekolah Main Wayang.
Pengunjung awam yang hadir bagi menyaksikan pemetaan cahaya secara spontan.
(Kredit foto: Maisarah)
Sesi dibahagi kepada dua, warung akan bergerak ke satu lokasi ke lokasi yang seterusnya.
(Kredit foto: Maisarah)
Semasa sesi Fonetikar berlangsung, pemetaan cahaya turut dijalankan seiring dengan persembahan muzik yang disajikan secara spontan. Para penonton yang melalui atau berada di kawasan tersebut turut terlibat secara langsung melalui nyanyian, penghayatan terhadap pemetaan cahaya, serta pelbagai bentuk interaksi lain.
Fonetikar: dianggotai oleh Irfan Mustafa, Haziq Jazreen and the gang.
(Kredit foto: Maisarah)
Karya yang berteraskan performance art bukanlah suatu bentuk amalan artistik yang baharu. Sebaliknya, pendekatan yang bersifat spontan, sementara, dan berasaskan masa (time-based media) telah lama menjadi sebahagian daripada sejarah seni kontemporari. Tradisi ini dapat dikesan sejak gerakan Dada, Avant-Garde, dan Fluxus, yang mencabar konvensi seni dengan mengangkat tindakan, bunyi, tubuh, serta pengalaman sebagai medium utama.
Fonetikar memainkan kugiran secara spontan di hadapan pemetaan cahaya secara langsung.
(Kredit foto: Maisarah)
Tokoh-tokoh seperti Marina Abramović, Hugo Ball, dan John Cage telah memainkan peranan penting dalam memperluaskan definisi seni persembahan. Melalui eksplorasi terhadap tubuh, kebetulan, improvisasi, dan tempoh masa, mereka mengalihkan fokus karya daripada objek fizikal kepada pengalaman yang berlaku secara langsung antara karya, ruang, dan audiens. Pendekatan ini terus menjadi asas kepada perkembangan performance art dan time-based media, yang menekankan pengalaman sementara, interaksi, serta kehadiran sebagai elemen utama dalam penghasilan karya seni.
Pemetaan cahaya secara spontan.
(Kredit foto: Maisarah)
Penganjuran Warung terang bukan sahaja menarik audience untuk turun ke ibu kota bagi menyaksikan seni secara langsung bahkan memberi konsep baru, bagaimana seni boleh di pertonton dan dipersembahkan kepada audience, di mana sahaja tanpa batasan lokasi. jadi di sini, menjadi satu highlights di mana, seni bukan sahaja terhad terhadap sesuatu tempat, malah seni, boleh juga berkomunikasi terhadap audience secara langsung dan spontan.
Comments
Post a Comment