Khairudin Zainudin yang berasal daripada Kelantan merupakan pemegang Ijazah Sarjana dalam bidang Seni Halus dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam. Bergiat aktif dalam bidang seni visual sejak tahun 2009 dengan memasuki beberapa pameran berkumpulan anjuran G13 Gallery antaranya Art Expo Malaysia di MARTRADE pada tahun 2013 dan Tales from Two Cities yang mengumpulkan seniman muda kontemporari dari Malaysia dan Filipina pada tahun 2015. Khairudin telah mengadakan 4 buah pameran solo yang diadakan di dalam dan luar negara iaitu, “Senyap Dalam Gege” (2014), “Oriental Express: Beyond Identity” (2016) dan “Young Artist Discovery” di Art Taipei, Taiwan (2015) dan Art Stage Singapore 2015. Kami sangat teruja untuk berkongsi dengan para pembaca mengenai pengalaman dan nasihat oleh Khairudin Zainudin! ARTO Movement (AM) : Boleh ceritakan sedikit mengenai latar belakang anda? Khairudin Zainudin (KZ) : Saya merupakan anak kelahiran Kelantan. ...